Dunia hari ini mengagungkan pendidikan barat walhal pendidikan berlandaskan Islam itu sendiri mengungguli segala-galanya.
Di peringkat antarabangsa, pelbagai sequence kebaratan untuk berjaya di ikuti seperti Anthony Robbin, Steven Covey dan pelbagai lagi. Allahu, kurangnya manusia yang mengikuti sequence kisah kejayaan Nabi Ibrahim as.
Lebih malang, personaliti luar ini diangkat setingginya berbanding manusia termulia di bumi ini yakni Baginda Muhammad SAW (sollu alan nabi).
7 Pillars Execution
Refining – IHRAM
- Perbetulkan niat
- Buang semua pakaian dunia dan gantikan dengan ‘kain ihram‘ (putih, tidak berjahit dan tiada bauan ke atasnya)
- Persiapkan diri dan hati
- Buang perasaan ego, sombong dan nafsu amarah
- Segala ujian semasa hidup di dunia datangnya dari Allah dan sesungguhnya ianya diberikan kepada kita demi mencuci / mensucikan diri kita sendiri
- Ihram kan diri kita atau, Allah sendiri yang akan mengIHRAMkan kita (di saat kita kehilangan sesuatu yang amat bermakna / penting dalam kehidupan atau, di saat kita menghadapi sakaratul maut)
Planning – WUKUF di ARAFAH
- Wukuf (diam)
- Arafah (to understand / muhasabah diri)
- To understand what is Inner Drive inside you
- Relate with Asma alhusna
- Bayangkan seumpama diri di padang mahsyar, yang tidak putus memohon keampunan dari setiap dosa-dosa
Identifying – MUZDHALIFAH
- Kutip batu di malam hari (sifat buruk umpama Kerikil keras di dalam diri)
- Mengenal diri sendiri
- Correcting orientation hanya untuk Allah
- Mengingati kisah ULAR dan HARTA KARUN on what people say behind your back
Remember;
n/♾= 0
0 = Fitrah
n = Anything beside Allah
♾ = Allah
Controlling – LONTAR JUMRAH
- Buang segala ego dan belenggu dalam diri
- Hati yang bersih dengan penuh rasa cinta will be shining like a star
Orientating – THAWAF
- Buang segala cinta dunia dan hanya simpan cinta kepada Allah seperti cinta agung Nabi Ibrahim dan Ismail as
- Build commitment
- Tawaf dan di susuli dengan solat 2 rakaat
Action – SAIE
- Movement / Bertindak
- Fast Action = Fast Result
- Kerja ibarat hidup selamanya manakaa ibadat ibarat kita akan mati keesokan harinya
- Menghayati kisah Perang Badar dan Uhud
Result – ZAMZAM
- Simbol kejayaan yang tidak akan pernah berhenti
- Wa Arina Manasikana – “Tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami” (Surah Al Baqarah : Ayat 218)
(Hadits kedua daripada Himpunan Hadits Arba’in susunan Imam Nawawi)
عَنْ عُمَرَ أَيْضًا قَالَ: ” بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ ذَاتَ يَوْمٍ، إذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ. حَتَّى جَلَسَ إلَى النَّبِيِّ . فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخْذَيْهِ، وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إنْ اسْتَطَعْت إلَيْهِ سَبِيلًا. قَالَ: صَدَقْت . فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ! قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ. قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ: صَدَقْت. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ. قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ. قَالَ: مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا؟ قَالَ: أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ، فَلَبِثْنَا مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ؟. قَلَتْ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ “. (رواه مسلم)
Daripada Saidina Umar Radhiallahu’anhu, katanya;
Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu dia duduk bersama Rasulullah, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah, serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua peha Rasulullah, lalu ia berkata;
Ya Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam?
Rasulullah bersabda;
Islam itu ialah kamu bersaksi (bersyahadah) bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasul Allah, dan hendaklah kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah jika kamu mampu mengerjakannya.
Lelaki itu berkata;
Benar katamu.
Berkata Umar Radhiallahu’anhu; Kami merasa hairan kepada tingkah laku lelaki itu, dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya
Lelaki itu berkata lagi;
Khabarkanlah kepada ku tentang iman?
Rasulullah menjawab;
Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk.
Lelaki itu berkata;
Benar katamu.
Lelaki itu berkata lagi;
Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?
Rasulullah bersabda;
Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu.
Lelaki itu berkata lagi;
Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?
Rasulullah menjawab;
Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Lelaki itu berkata lagi;
Khabarkan kepadaku tentang tanda-tandanya?
Rasulullah bersabda;
Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya, apabila engkau melihat orang tidak berkasut, tidak berpakaian, pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.
Kemudian beredar keluar lelaki itu daripada majlis tersebut.
Rasulullah SAW bersabda;
Tahukan anda wahai Umar siapakah orang yang menyoal tadi?
Aku (Umar) menjawab;
Allah dan Rasul-Nya jua lebih mengetahui.
Rasulullah bersabda;
Itulah Jibril yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran tentang agama kamu.
(Hadits Riwayat Muslim)
Doa dan harapan semoga kebangkitan Islam 2.0 kembali lagi dengan jayanya dengan mendekatkan diri kita kepada Allah dan Baginda Muhammad SAW sebagai Idola buat diri, keluarga dan ummah. Allahumma Ameen
165 – Ihsan, Rukun Iman dan Rukun Islam. Jadikan ianya mengalir di setiap tubuh, tulang, urat dan darahmu!
Abu Adam
Alumni – ESQ 165 Malaysia
One thought on “ESQ Total Action – Rahsia Kejayaan”