Pengalaman Berharga – Bersama Insan-Insan Hebat (CTOC Operation)

Kalau bisa aku cerita’in, pasti kalian ngak akan percaya …. 😊😊😊

Secara tidak sengaja terjumpa gambar-gambar lama sewaktu mengemaskini laptop yang semak dengan pelbagai file awal pagi tadi.

Alhamdulillah, setidaknya mengenang kembali memori manis bersama Frac Team sewaktu bertugas di CTOC Operation (kini ianya telah bertukar pengurusan dan di namakan sebagai Carigali Hess) yang terletak di sempadan Malaysia Thailand.

Apa yang mengujakankan, ia adalah operasi pertama menggunakan Frac Vessel di Malaysia oleh syarikat kami.

Saya berada di hadapan FracCat (deck kedua)

Masih saya ingat sejarah sebelum bermulanya projek ini. Ketika itu saya telah diserapkan ke segment Coiled Tubing dan melewati 2 tahun perkhidmatan setelah projek sebelumnya bersama segment Fracturing melalui Angsi Project berakhir pada tahun 2003.

Di suatu pagi, saya di panggil oleh Location Manager yang bernama Mr Andy di office nya memohon agar saya kembali bertugas di segment Fracturing oleh kerana syarikat kini telahpun mendapatkan projek yang bernilai jutaan dolar ini.

Jujur, hati saya berbelah bahagi. Manakan tidak, ketika itu saya telah berjaya melepasi training selama 2 bulan di United Kingdom dan berhasil menjadi salah seorang Supervisor Coiled Tubing di dalam fleet pertama bagi Petronas Carigali. Saya melihat masa depan adalah sangat cerah melalui segment Coiled Tubing ini malah, saya turut menunggu masa untuk kenaikan pangkat saya yang seterusnya.

Saya luahkan segalanya kepada Location Manager saya. Tersenyum dan manis wajahnya. Beliau yang amat dikenali dengan sifat ‘caring’ nya terhadap setiap pekerja di bawahnya dengan lembut berkata, itu bukan masalah yang besar baginya asalkan saya setuju untuk kembali bergabung dengan team asal yang selama ini terpecah ke pelbagai negara selepas projek Angsi berakhir.

Atas izin Allah, dalam masa 5 hari setelah itu, saya telah mendapat surat kenaikan pangkat dengan serta merta atas recommendation dari Location Manager saya tersebut. Pada masa itu, kenaikan pangkat di sebuah syarikat gergasi dunia bukannya mudah lebih-lebih lagi saya berasal dari ASEAN dan Allah permudahkan untuk saya. Alhamdulillah

Berada di Jetty Kemaman Supply Base (Berth 10)

Melalui projek ini, kami bermula dari persediaan yang agak lama juga untuk memastikan segala equipment menepati kehendak client juga turut tidak terkecuali, segala standard perlu di patuhi agar projek ini dapat merealisasikan misi yang di harapkan.

Pihak pengurusan telah memilih vessel yang sesuai untuk Stimulation Operation ini yang dinamai MV Highland Guide. MV ini adalah singkatan nama dari Motor Vessel dan ianya mempunyai 4 anchor di setiap hujung sisinya. Vessel crew nya pula terdiri dari Indonesia dan Philippine yang diketuai oleh seorang Kapten kapal dari Amerika yang telah berusia.

Melalui operasi ini, crew kami menetap di vessel dan segala pumping package di susun kemas di atas vessel deck (bahagian luar). Manakala sebagai penghubung antara vessel dan rig sewaktu operasi, kami menggunakan ‘high pressure coflexip hose’ berdiameter 3 inci yang di anggarkan panjangnya sekitar 120 kaki hingga ke 140 kaki.

Allahu, bukan mudah untuk mengendalikan hose ini lebih-lebih lagi di saat menghadapi ombak yang ganas. Ianya amat merbahaya dan melalui pengalaman di operasi lainnya (sewaktu bertugas di Sarawak), saya pernah melihat salah seorang dari deck crew terpelanting sejauh 3 meter akibat impak dari hose yang beralun dan menghentam dadanya. Jangan terkejut, beliau pengsan serta merta selama 2 jam dan Alhamdulilah, tiada kecederaan serius yang di alaminya.

Rig yang kami bertugas itu pula bernama Ocean General Rig yang agak berusia namun, segalanya lengkap di sana.

Ocean General Rig

Selama setahun kami bertugas dengan melalui pelbagai pahit manis dalam memerah keringat demi sebuah tugasan. Crew kami terdiri dari 8 negara iaitu gabungan dari Malaysia, Indonesia, Vietnam, India, Australia, Oman, Philippine dan Amerika. Dari jumlah tersebut kini, ada yang telah bersara dan ada yang telah berpindah ke syarikat yang lain. Tidak terkecuali, ada juga yang menghabiskan sisa hidupnya dengan menguruskan syarikat peribadinya.

Bagi crew Malaysia, hanya saya yang masih tersisa meneruskan perjuangan bersama β€œThe Blue Army” !!

Bersama Yogi (Mechanic), salah seorang teman rapat saya sejak kami bergelar Trainee yang sering menceriakan saya dengan keletah nya. Really missed you Brother !

Paling tidak saya lupakan, kenangan mabuk laut yang keterlaluan ketika menghadapi gelombang kuat selama 3 hari. Habis kesemua crew tumbang kecuali teman-teman dari Vietnam yang sentiasa bersemangat setelah menggunakan ramuan rahsianya. Allahu, mabuk laut ini benar-benar menggugat jiwa. Pening kepala, muntah tanpa henti dan tidak berselera untuk menjamah makanan.

Hanya yang dapat sedikit meredakan saya adalah dengan setiap waktu, saya berbaring di atas tilam di dalam kamar. Akhirnya, saya bertemu dengan teman Vietnam saya dan meminta ramuan rahsianya itu. Menakjubkan, setelah 30 minit mencuba, seakan segalanya hilang dan saya kembali bertenaga. Tempat pertama saya tujui ialah mess hall (ruang makan) untuk menikmati makanan yang ada bagi mengisi kekosongan perut. Alhamdulillah

Pemandangan di kala senja berhadapan dengan Ocean General Rig

Semangat setiakawan kami amat kuat bagaikan keluarga. Menjayakan projek bernilai jutaan dolar ini bukannya mudah. Kami wajib bergabung tenaga, saling membantu sesama ahli dan yang paling penting, hilangkan segala konflik yang ada. Ya, tekanan kerja itu amat tinggi hanya kami yang mampu mengawal emosi.

Team work is the main key for success !

Dalam tahun tersebut, setiap dari kami tidak merasai merayakan hari bahagia bersama keluarga. Dari perayaan Aidil Firi dan Adha, bersambung kepada Deepavali dan berakhir di perayaan Christmas, kami masih bertugas di lautan. Benar, tinggi sekali kesabaran kami dan sekalung kasih buat sanak suadara dan keluarga yang amat memahami.

Antara peristiwa berikut yang tidak saya lupakan juga, selalunya stok makanan mentah dan kering di supply oleh pihak catering untuk bekalan selama 5 hari dan tanpa diduga, kami terkandas di lautan akibat cuaca buruk selama 2 minggu. Oleh kerana itu, makanan yang ada tidak kami buang malah kami olahkan semula agar dapat kami makan untuk waktu berikutnya. Sehingga lah kepada minggu kedua itu, bekalan kami terputus sama sekali.

Pihak kami berusaha untuk mendapatkan stok bekalan dari Ocean General Rig namun, tidak kesampaian oleh kerana keadaan gelombang ombak yang sangat besar menidakkan usaha kami.

Maha Suci Allah, kumpulan kami secara tidak sengaja seakan terpangil untuk memancing apa yang ada agar dapat bertahan. Setidaknya kami mencuba. Benar tidak di sangka, rezeki kami mencurah-curah !

Masih saya ingat malam itu sehingga ke awal pagi, gelombang laut semakin mereda dan sehingga ke pagi kami mendapatkan sekitar satu setengah tong sotong segar dan 3 tong penuh pelbagai jenis ikan. Tongnya pula sebesar tong cat yang berkapasiti 20 liter.

Alhamdulillah, hati kembali berbunga malah keseronokan kami bertambah. Malah, stok kami berlebihan dan ada yang membawa pulang ke rumah masing-masing setelah vessel kami mendarat di Kemaman Supply Base Anchorage Point setelah selesai tugasan kami sepenuhnya.

Berada di Jetty Kemaman Supply Base (Berth 10)

Biar payah dan menyesakkan, terlalu banyak ilmu yang saya timba selama berada di sana. Sesuatu kejayaan itu tidak datang dengan mudah dan pasti akan adanya pengorbanan yang perlu di korbankan.

Di penghujung waktu, semestinya menjadi kenangan terindah buat di kenang. Buat sahabat seperjuangan, semoga damai dirimu di sana. Dunia Oil and Gas Field ini amat kecil dan pasti di suatu masa, kita bertemu akhirnya !

Yuhailmy a.k.a Abu Adam
MV. Highland Guide in Memory
Frac Operation – 2005

Papa Wayne – Lead Supervisor merangkap Guru kami di dalam bidang Fracturing ini. Walaupun sistem pengurusan nya ‘amat keras’, dia telah melahirkan terlalu banyak generasi yang sangat berjaya di dunia Oil and Gas di serata dunia !

One thought on “Pengalaman Berharga – Bersama Insan-Insan Hebat (CTOC Operation)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s