Hari gaji adalah hari untuk kita ‘reward’ diri dengan simpanan emas untuk mengkayakan diri sendiri dulu. Selebihnya barulah untuk komitmen dan perbelanjaan. Maknanya, simpan dahulu baru belanja.
Ingat,
Asas kepada kekayaan itu adalah simpanan.
Jika kita menyedari bahawa kita seorang yang boros, simpanan terbaik adalah bersifat ‘force saving method’ dan ianya juga sebaiknya di dalam medium yang sukar untuk ditunaikan.
Soalan lazim kepada saya;
“Bagaimana nak menyimpan emas kerana wang hanya cukup makan sahaja”.
Bagi saya, jika ada wang gaji yang berlebihan sekalipun kita tidak mampu menyimpan, apatah lagi jika wang gajinya kurang. Lebih baik kita paksa diri untuk menyimpan.
Pengalaman peribadi saya yang melihat teman sekerja yang bergaji 5 angka sebulan di dunia oil and gas industry, ramai juga yang berkata wangnya tidak pernah cukup.
Bagi orang lain itu adalah mustahil tetapi tidak bagi mereka yang lebih menyukai gaya yang hebat dalam kehidupan.
Mentor saya pernah berkata, wang fiat dicipta sebenarnya lebih berperanan untuk berbelanja. Manakala logam mulia seperti emas dan perak itu secara logiknya ke arah simpanan.
Tidak memaksa diri mengubah semua wang simpanan ke dalam bentuk Emas. Cukup hanya sekadar 5% dari wang gajian setidaknya setiap bulan. Mustahil juga jika di kata dengan RM100 pun kita tidak mampu membeli emas.
Resepi kejayaan mudah penyimpan emas hanya beli, simpan, lupakan dan konsisten membeli. InsyaAllah anda akan tersenyum dengan penuh kesyukuran di suatu masa nanti…. 😊
Ingat, jangan terus menunggu !