ArRahnu itu bukanlah tempat untuk menjana keuntungan !
Pada pendapat saya yang Maha Dhaif, sekiranya ada 99 cara menjana keuntungan emas dan ArRahnu adalah salah satu darinya, maka ArRahnu adalah cara yang ke 99…. 😊
ArRahnu sebenarnya adalah mirip kepada pembiayaan peribadi atau personal loan secara bercagar. Apabila ia berbentuk pinjaman, maka ia perlu dibayar dan upah simpan yang dikenakan sebenarnya adalah interest.
ArRahnu juga bukan tempat memyimpan emas milik kita. Jika emas kita sikit, simpan sendiri di rumah lebih baik dan jimat. Jika emas kita banyak, kita boleh sewa safe deposit box di bank atau mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut dan kita juga boleh simpan pelbagai barangan berharga di dalam safe deposit box tersebut, bukan emas sahaja.
Jika kita memilih untuk menggadaikan emas kita di ArRahnu, pastikan kita tahu apa tujuannya dan kita sudah ada rancangan dari mana datang duit untuk menebusnya.
Biasanya bagi peniaga, ArRahnu dijadikan tempat pusingan modal. Dapat sahaja duit niaga dan keuntungannya, ArRahnu dahulu yang dituju untuk menebus kembali emas miliknya. Tempoh ArRahnu paling pendek adalah yang terbaik.
Begitu juga dalam usaha melangsaikan hutang dalam kadar segera mahupun kegunaan di masa mendesak.
Ada masanya juga kita gunakan perkhidmatan ArRahnu ini untuk menambahkan aset. Dalam soal ini, Anda wajib tahu caranya dan minta pendapat dari mereka yang arif agar Anda tidak kehilangan Emas yang dipajak dikemudian hari serta nama di ‘Blacklist’ nanti.
Kesilapan paling besar pemilik emas apabila menggunakan ArRahnu ialah;
- Tidak sedar bahawa ianya adalah pinjaman
- Menyangka duit pinjaman itu adalah keuntungan
- Berjoli sakan dengan duit pinjaman yang diterima
- Tidak tahu sebab apa menggunakan perkhidmatan ArRahnu tersebut
Oleh itu, berhati-hati apabila menggunakan ArRahnu. Pastikan sumber kewangan ada dan yakin untuk mampu melunaskannya.
Pesanan saya buat Anda;
- Jika mempunyai emas, Anda simpan dan lupakan
- Jika mempunyai wang lebihan, tambahkan kuantiti emas
- Jangan gadai emas tanpa keperluan mahupun sebab yang kukuh
Buat anda yang ingin lebih mengetahui kaedah ArRahnu ini, anda boleh melihat artikel saya sebelum ini ‘Di sini‘.
Ingat, kuasa ‘Sang Kertas’ yang diberi tanda nilai ini sangat hebat. Ianya mampu mengaburi mata, melemahkan fikiran, malah merangsang nafsu untuk terus berbelanja.
One thought on “ArRahnu – Fikir Sebelum Bertindak”