Bagaimana Cara Memastikan Wang Simpanan Bertahan Lama?

Apabila lebihan duit ada di tangan, selalunya godaan berbelanja tersangat kuat. Bahkan kadang kala apabila mendapat tahu yang kita akan menerima duit bonus atau wang terpijak, secara tidak langsung otak sudah mengelamun hendak beli itu dan ini (termasuk lah saya).

Pandai sungguh otak kita membuat justifikasi !

Perasaan ‘perlu’ harus kita hayati samada ia benar-benar keperluan yang harus atau sebagai ‘aksesori’ tambahan.

Jujurnya jika ‘trend’ begini berterusan, kekayaan kita susah bertahan dan apatah lagi untuk berkembang lebih-lebih lagi pada waktu yang sedikit tergugat dan gawat di ketika ini.

Saya bukannya seorang yang pakar !

Namun sedikit panduan dari pengalaman lalu dapat saya kongsikan kepada anda bagaimana wang simpanan dapat bertahan apabila kita;

  • Tukar wang simpanan yang tidak terpakai kepada emas. Sejak pertama kali menyimpan emas, saya belum pernah berhenti membelinya. Setiap tahun saya pastikan ianya bertambah (dalam kes ini, saya juga menyimpan perak kerana ia salah satu bentuk simpanan jangka panjang saya. Walaubagimanapun, Zakat emas jangan dilupakan kerana dalam setiap kekayaan kita, pasti ada bahagian yang bukan milik kita.
  • Simpan duit dalam Tabung Haji dan ‘hilang’ kan bukunya buat sementara. Wang simpanan akan bertambah setiap tahun dari penambahan hasil dari dividen. Alhamdulillah, pada masa yang sama, pemotongan zakat juga telah dibuat supaya harta kita bersih dan berkati olehNya. Secara jujur, begitulah juga saya lakukan buat anak-anak saya (selain itu, setiap dari mereka juga memiliki simpanan emas tersendiri. Alhamdulillah)
  • Beli hartanah kerana ia sememangnya simpanan jangka panjang. Nilainya yang pasti meningkat saban tahun. Namun begitu, tidak semua mampu menambahkan aset ini oleh kerana harganya yang amat ‘keras’. Paling tidak carilah medium yang terbaik untuk masa mendatang.

Inilah cara bagi saya melupakan beberapa angka yang berputar ligat dalam kotak fikiran dan kadangkala tidak dapat dinafikan, saya juga kalah dengan emosi sendiri.

Tanamlah niat untuk menabung demi masa depan yang ‘gemilang’ walaupun bermula dengan nilai yang kecil asalkan konsisten saban waktu.

In Shaa Allah …. 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s