Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu

Antara kelebihan menyimpan Emas ni ialah, ‘Pelaburan’ kita tidak akan beku sama sekali. Walaupun kita melabur, hakikatnya ‘Duit’ tu ada di tangan kita kerana Emas tu kita yang pegang sendiri dan kawal 100% sepenuhnya.

Jika menyimpan dalam Tabung Haji ataupun ASB, duit kita dipegang oleh Bank dan mereka lah yang akan membuat Investment bagi pihak kita agar mendapatkan keuntungan dan hanya sebahagian kecil di agihkan kepada kita (penyimpan) dalam bentuk Dividen. Sekiranya kita keluarkan duit lebih awal in case nak pakai duit dalam tempoh yang sebentar kerana keperluan mendesak, kita pasti akan mengalami kerugian Dividen pada hujung tahun.

Dapatkah Anda melihat maksud tersirat ini ? Dan Emas nyata berbeza kerana apa ?

Berbeza dengan Emas kerana ianya tidak perlu dijual dengan hanya memajakkannya di sebarang Ar-Rahnu sebagai pinjaman bercagar dalam keadaan segera. Pastikan anda menebusnya kembali agar Emas kalian tidak di lelongkan di kemudian hari.

Kaedah ini jika disalahgunakan mampu mengundang padah. Gunakan hanya ketika melalui situasi terdesak, sebagai modal pusingan berniaga juga untuk pelaburan  selainnya yang sah di sisi syarak. Apabila urusniaga berjaya mendatangkan hasil, anda wajib menebus semula Emas yang telah dipajak tersebut beserta kos upah simpanan Ar-Rahnu secepatnya

Sedikit panduan ringkas untuk dikongsikan bersama anda mengenai Pajak Gadai Ar- Rahnu ini:

Di mana tempat pajak Emas ?

Anda boleh memajakkan Emas kalian di mana Ar-Rahnu yang patuh syarak termasuk Bank tertentu (tidak semua Bank mempunyai fasiliti ini).

Di bawah ni saya senaraikan antara Ar-Rahnu yang ada di Malaysia:

  • Ar-Rahnu PKB
  • Ar-Rahnu Bank Rakyat
  • Ar-Rahnu Exchange (francais Bank Rakyat)
  • Ar-Rahnu Agrobank
  • Ar-Rahnu Koperasi Tentera
  • Ar-Rahnu YAPEIM
  • Ar-Rahnu Express (Habib Jewel)
  • Ar-Rahnu Bank Islam (Kelantan sahaja)
  • Ar-Rahnu KPMNJ (Johor sahaja)
  • Ar-Rahnu YBU (Perak sahaja)
  • Ar-Rahnu MAIDAM (Terengganu sahaja)
  • Ar-Rahnu Kumpulan Dagangan Emas (KDE)
  • Ar-Rahnu POS Malaysia

Setiap Ar-Rahnu mempunyai syarat dan polisi syarikat yang berbeza dari segi:

  • Jenis Emas yang diterima (barangan kemas, Gold Bar, Dinar Emas dsb)
  • Dokumen yang diperlukan
  • Berapa maksimum wang yang dapat diberikan
  • Tempoh pinjaman
  • Kos upah

Apa yang perlu di bawa ??

  • Emas
  • Sijil ketulenan (kalau ada)
  • Resit belian asal (sesetengah Ar-Rahnu tidak memerlukan resit belian)

Apa jenis Emas yang diterima Ar-Rahnu ??

  • Barang kemas solid (tanpa permata)
  • Gold Bar
  • Dinar, atau syiling emas

Sesetengah Ar-Rahnu hanya menerima barangan kemas sahaja dan tidak untuk Gold bar, Dinar & Syiling Emas.

Berapa banyak pinjaman akan diberi?

Antara 60% hingga ke 80% atas nilai Emas yang dipajak.

Harganya mengikut ‘Harga Semasa’ yang ditetapkan oleh Ar-Rahnu itu sendiri. Jangan terkejut setiap Ar-Rahnu mempunyai nilai harga yang berbeza. Untuk sebarang kepastian, sila call mereka terlebih dahulu kerana untuk mendapatkan maklumat harga di Internet / Website adalah mustahil kerana mereka tidak akan sesekali Publish harga mereka secara terbuka atas sebab kepentingan syarikat itu sendiri.

*** Densimeter – Alat Penimbang & Menguji Ketulenan Emas

Untuk menentukan berapakah nilai Emas kepunyaan anda, pihak Ar-Rahnu akan menimbang berat Emas juga menguji ketulenannya menggunakan Densimeter. Dari situ Anda akan mengetahui samada Emas tersebut benar seperti yang tercatat di sijil ketulenan.

Sekiranya ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada

  • Anda ditipu oleh penjual, atau
  • Mesin Densimeter tersebut mempunyai masalah

Sila bawa Emas tersebut ke Ar-Rahnu berlainan buat kepastian sekiranya ragu dengan hasil ujian pertama tadi.

Berapakah caj yang dikenakan ?

Caj pajakan Ar-Rahnu dinamakan ‘Upah Simpan’ seolah-olah anda membayar mereka caj simpanan Emas namun hakikatnya ia adalah caj pinjaman cuma, kaedahnya mematuhi syariah. Secara umum, caj dikenakan sekitar RM 0.70 ~ RM 0.85 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “Marhun”) dan BUKANnya atas nilai pinjaman.

Apa yang anda harus tahu caj adalah tetap sebagaimana yang tertera pada surat pajak walaupun harga Emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk membayar upah simpanan Emas itu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

Berapa lama tempoh pinjaman ?

Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah Ar-Rahnu memberi ‘Extended – Period’ sehingga 9 ~ 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda harus tebus kembali Emas itu jika tidak, Emas tersebut akan di LELONG. Dan jika ada ingin menyambung tempoh pajakan, anda perlu Renew / perbaharui surat pajak tersebut.

Anda adalah bebas untuk menebus kembali Emas tersebut pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Jika Anda menebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja. Ada ArRahnu yang memberikan kemudahan pembayaran separuh dari kos Marhum jika pemajak menebus semula di bawah 2 minggu dari tarikh pajakan.

Bagaimana cara menyambung pajakan apabila tamat tempoh ?

Sebelum habis tempoh pajakan, anda harus datang ke Ar-Rahnu dan selesaikan kos upah sahaja. Kemudian Emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Sebagai CONTOH, katakanlah dahulu nilai Emas tersebut RM 10,000, tetapi semasa ingin Renew / perbaharui surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai Emas meningkat menjadi RM 12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM 12,000 (bersamaan RM 7,800) dan caj pajakan (upah simpan) juga dikenakan atas nilai RM 12,000 (bersamaan RM 84 sebulan).

Berdasarkan CONTOH di atas, apabila Renew surat pajak tersebut, Ar-Rahnu akan menambahkan lagi pinjaman sebanyak RM 1,300.

Persoalannya …. apa yang akan terjadi sekiranya harga Emas semasa menurun?

Katakan nilai awal Emas ialah RM 12,000 dan semasa kita ingin Renew nilainya menurun sehingga RM 10,00 makanya, Anda harus bayar RM 1,300 tersebut dahulu dan barulah menyambung pajakan yang baru.

Itulah panduan asas cara pajak Emas di Ar-Rahnu. Tetapi sebelum anda berhasrat memajak Emas di ArRahnu, lihat dahulu Tips di bawah agar urusannya lebih lancar. In Shaa Allah

Tips Penting Pajakan Emas di Ar-Rahnu

Sebelum memajak Emas, anda perlu ketahui bahawa duit pajakan adalah bersifat PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Sekiranya harga Emas meningkat, anda boleh membuat Overlaps.

Overlaps adalah pertambahan hutang, bukan ‘Passive Income’ sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang.

Tips #1 – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai

Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah apabila:

  • Harga Emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi Emas pada harga rendah, atau
  • Ingin gunakan wang pajakan untuk Business Rolling yang menguntungkan

Untuk sebab selainnya, saya tidak syorkan melainkan anda sudah mengenalpastii sumber ‘Pendapatan’ yang akan digunakan untuk menebus kemabali Emas tersebut. Pantang larang paling penting, jangan sesekali gunakan duit pinjaman Ar-Rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang mempunyai susut nilainya. Jika tidak, lebih baik sahaja anda menjual terus Emas tersebut dari mendapat akibat di lelong di kemudian hari.

Tips #2 – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja

Margin pinjaman Ar-Rahnu biasanya sekitar 65% – 80%. Katakanlah Anda hanya perlukan duit sekitar RM 6,500, pajaklah Emas yang bernilai sekitar RM 10,000. Tidak perlulah anda pajak Emas yang bernilai RM20,000 kerana dikemudian hari nanti anda pasti akan mendapat pinjaman berlebihan yang tidak dimanfaatkan yang hasilnya kalian dikenakan kos ‘Upah Simpan’ yang lebih tinggi.

Tips #3 – Satu Emas, Satu Surat Pajak

Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai mempunyai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk menebusnya dengan cara satu persatu nanti yang akhirnya mampu anda kurangkan bayaran upah simpan. Sekiranya 3 rantai dalam 1 surat pajak, makanya anda harus menebusnya sekaligus.

Tetapi kekurangannya ialah, anda terpaksa menunggu lama untuk process dokumen kerana Pegawai Ar-Rahnu tersebut perlu melengkapkan beberapa borang untuk setiap 1.

Tips #4 – Survey Upah Simpan Paling Rendah

Setiap Ar-Rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Sebelum memajak Emas, survey dahulu Ar-Rahnu mana yang mengenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana Ar-Rahnu terbaik kerana polisi setiap Ar-Rahnu sentiasa berubah-ubah.

Tips #5 – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan

Katakanlah anda mendapat pinjaman sebanyak RM 7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan / ketepikan dahulu  RM504 itu daripada RM7,800.

Maksudnya, anda hanya boleh menggunakan RM7,296 (RM 7,800 – RM 504) untuk membeli Emas lagi ataupun pusingan modal perniagaan.

Alasannya, sekiranya anda ingin menyambung pajakan nanti,  anda boleh menggunakan duit itu untuk membayar upah dan renew surat pajak terutamanya apabila:

  • Anda belum mendapat keuntungan hasil dari  menggunakan duit pajakan pertama, ataupun
  • Harga Emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi Ar-Rahnu apabila harga Emas jatuh mendadak

Tips #6 – Tebus Emas Secepat Mungkin

Biasanya Ar-Rahnu memberi tempoh pinjaman selama 6 bulan.  Sekiranya urusniaga menggunakan duit pinjaman tu telahpun selesai sepenuhnya, kalian tebus secepatnya kerana caj biasanya dikenakan secara bulanan. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru menebus kembali. Oleh itu anda sudahpun menjimatkan kos  upah simpan yang tidak sepatutnya.

Tips #7 – Jangan Pajak Emas Yang Mempunyai SEAL

Jangan sesekali pajak Emas yang mempunyai SEAL melainkan anda bersedia untuk mengalami kerugian sehingga  25% atau lebih … !!

Harus diingat bahawa setiap Emas harus diuji berat dan ketulenannya dan sekiranya SEAL nya sudah terbuka, ianya akan dikira sebagai ‘USED GOLD’ apabila anda menjual balik di suatu masa setelah menebusnya kembali dari Ar-Rahnu.

Kerana itu saya menggalakkan anda membeli Emas Public Gold kerana pihak kami telahpun mempunyai persefahaman dan perjanjian dengan Ar-Rahnu Pos Malaysia yang mana setiap Emas kami yang mempunyai SEAL diterima sepenuhnya tampa membuka SEAL sewaktu proses pajakan di buat.

Tips #8 – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30

Sekiranya ada seseorang yang datang kepada anda dengan maksud ingin menjual Emas secara Ar-Rahnu dengan cara, anda membayar 30% dan bakinya 70% dilangsaikan dengan menggunakan duit pinjaman Ar-Rahnu, JANGAN sesekali menerimanya tanpa usul periksa. Buat sedikit Research terlebih dahulu kerana terlalu ramai yang terperangkap di luar sana yang akhirnya penjual mengaut keuntungan.

Kebanyakkan penjual hanya menceritakan separuh jalan sahaja … !!

Tips #9 – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM

Untuk makluman anda, walaupun Ar-Rahnu ialah pinjaman bercagar, ianya tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010.

Kerana itu sebarang pinjaman melalui Ar-Rahnu ini WAJIB diuruskan dengan baik. JANGAN sesekali tergadai kerana ianya nanti akan meninggalkan rekod yang buruk apabila anda ingin membuat sebarang pinjaman dengan pihak Bank di kemudian hari nanti.

Tips #10 – Ambil Foto Emas Sebelum Pajak

Saya syorkan snap foto / gambar setiap Emas tersebut sebelum masuk ke Ar-Rahnu.

Sekiranya anda tidak mampu menebus kembali sebelum sampai tempoh perjanjian, anda masih ada jalan terakhir sebelum Emas tersebut di lelong dengan cara mencari pembeli  yang sanggup membeli Emas anda tersebut agar nama and tidak di senarai hitam kan.

Biasanya bakal pembeli  surat pajak tersebut ingin melihat dahulu foto Emas yang di promote oleh anda samada ianya menepati citarasa. Seperti perumpaan barat ‘Picture Represent Thousand of Words’ … !!!

Tips Tambahan dari Mentor Kewangan Tuan Azizi Ali

i. Pertamanya, seperti semua orang tahu, kos faedah pinjaman dikira atas jumlah pinjaman yang dibuat, dan bukan atas angka lain. Kalau kita pinjam RM100,000 (nak beli rumah yang harganya RM150,000), kadar faedahnya dikira atas RM100,000 tersebut (jumlah pinjaman), dan bukan atas RM150,000 (harga rumah).

ii. Yang membuatkan ramai orang terlepas pandang apabila meminjam wang dari ar-rahnu ialah kerana kos faedah dalam ar-rahnu/pajak gadai yang dikenakan dikira atas NILAI MARHUN (nilai emas) dan bukan atas NILAI PINJAMAN. Ini tak salah dari segi undang-undang tetapi sudah tentu kurang tepat dalam finance. Ianya seperti bank mengatakan kos faedah pinjaman rumah (contoh 5%) di kira atas harga rumah (RM150,000) dan bukan atas jumlah pinjaman (RM100,000). Jika bank mengira begitu, sudah tentu jumlah bayaran nampak rendah kerana dibandingkan dengan harga rumah, tetapi ianya kurang tepat.

iii. Contoh pengiraannya:

Nilai emas: RM10,000

Jumlah pinjaman yang diberi: RM6,500 (65% daripada nilai emas)

Caj upah: RM0.85 setiap RM100, jadi 0.85/100 x RM10,000 = RM85 sebulan

Jika tempoh gadaian 6 bulan, jumlah bayarannya: RM85 x 6 = RM510 (jika tempoh gadaian 12 bulan: RM85 x 12 = RM1,020)

Untuk mendapatkan kadar faedah yang sebenar, kita perlu bahagikan RM510 dengan RM6,500 (sebab itu jumlah pinjaman yang diterima dan bukan RM10,000 nilai emas): RM510/RM6,500 x 100% = 7.85%

Tetapi 7.85% itu hanyalah untuk 6 bulan. Dalam finance, kadar faedah dan ROI sentiasa di annualized (kadar tahunan). Ini bermakna kita perlu darab 7.85% tadi dengan 6 bulan lagi:

7.85% x 12/6 = 15.69% setahun

iv. Lagi satu poin yang ramai orang terlepas pandang: Bayaran RM510 itu hanya caj upah (faedah). Jika anda nak tebus balik emas tersebut, anda masih perlu bayar balik pinjaman RM6,500 tadi … !!!

Semoga artikel ini membantu anda semua. Strategi yang tepat adalah perlu agar tidak terperangkap / tersalah langkah.

Jangankan ingin untung secupak. Di hujungnya anda rugi segantang … !!

 

Advertisement

4 thoughts on “Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu

  1. Assallam..
    Sya ign mmjak gelang emas yg msa sya bli beratnya 2.9 gram..Sya ign tahu blh kh sya mmajak emas yg seberat itu??surat jual beli ada pda sya..

    Tq..

    Like

    1. Salam Hayati dan terima kasih kerana bertanya. Ya boleh melalui mana-mana ArRahnu yang terdekat. Boleh juga membawa surat jual beli itu tetapi selalunya tidak diperlukan kerana pihak ArRahnu akan menilai kembali berat dan ketulenan emas tersebut. Nilai wang diberikan nanti tergantung kepada ArRahnu juga. Selalunya maximum 80%.

      Namun, perlu ada plan untuk menebus nya kembali dalam masa enam bulan ya… 😊

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s