Mutiara Hikmah Abah Guru Sekumpul

  • Hidup di akhir zaman ini, jalan menuju Allah yang paling selamat ialah dengan memperbanyak selawat kepada Rasullullah
  • Aku di jalankan guruku di jalan selawat, maka aku juga menjalankan muridku di jalan selawat (memperbanyak membaca selawat)
  • Perbanyaklah beribadah sebelum nikah, supaya keturunan kita hidupnya nyaman
  • Kalau dari baligh sampai tua yang diurusnya hanya dunia, maka ‘Neraka Jahanam’ sudah menunggu di akhirat. Hendaknya orang memikirkan dunia sekedar perlunya saja
  • Khusus dari jam 2 pagi sehingga subuh adalah majlis bagi orang soleh. Bangunlah walau sebentar supaya mendapatkan madad mereka kerana pada jam itu semua Auliya’ bangun mendoakan muslimin dan muslimat
  • Apabila tiada sesuatu yang penting, tidak usah keluar rumah demi sesuatu yang tidak memberi manfaat. Perbanyaklah membaca selawat, membaca Al-Quran, jaga hati dari sifat merasa hebat, merasa memiliki juga merasa suci. Ingatlah apabila kita mati, segala harta yang kita dambakan itu menjadi harta warisan dan jasad diwarisi cacing. Segala ilmu akan kembali kepada Sang Maha Pencipta, hanya dosa dan pahala yang kita bawa dan hanya syafaat Rasulullah yang kita dambakan
  • Timbulnya karomah dan sampainya seseorang kepada darjat seorang wali itu kerana istiqamah dalam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW
  • Sekecil atau seringan apapun sunnah Rasullullah, di situ ada sirr (rahsia / hikmah) di dalamnya
  • Jalan paling cepat washil (sampai untuk mencapai makrifat) kepada Allah dan Rasulullah adalah dengan menyenangkan Rasulullah dan guru.

Ada 2 hal yg utama yang dapat menyenangkan Rasulullah;

  1. Hadir ke majlis ilmu dan mengamalkan ilmu tersebut
  2. Memuji, mencintai dan menyayangi Rasulullah termasuk ahlul bait keturunan Rasulullah, ulama dan guru
  • Tiada jalan untuk selamat di akhir zaman ini melainkan mendekati dan mengambil berkah ulama atau wali baik yang masih hidup maupun sudah wafat. Maksud mendekati dan mengambil berkah iaitu mencintai, membantu, bersilaturrahim, hadir majlis, mengamalkan segala ilmu, wirid dan nasihat mereka juga ziarah ke kubur mereka apabila sudah wafat
  • Ciri orang tawadhu (rendah diri) ialah mahu menerima kebenaran meskipun dia dengar dari mulut seorang anak kecil
  • Menutup aurat wajib hukumnya dan menutupi kemuliaan diri lebih wajib hukumnya. Berusahalah ke arah itu
  • Usahakanlah dirimu ada di hatinya wali kerana hati wali selalu dipandang Allah dengan hujanan rahmat-Nya. Jika kamu ada di hati mereka maka kamu pun mendapat hujanan itu
  • Di antara ubat penerang hati;
  1. Baik sangka kepada Allah
  2. Baik sangka kepada Rasulullah
  3. Baik sangka kepada Auliya’ Allah
  4. Baik sangka kepada orang Islam
  5. Selalu bersyukur dengan apa yang ada
  • Ciri orang yang bercinta adalah yang didengarnya cuma ucapan dari kekasihnya, yang disebut cuma nama kekasihnya
  • Ibadah orang Arif Billah cuma mendzahirkan Mahabbah kepada Allah sahaja, bukan kerana mengharap syurga atau takut masuk neraka
  • Supaya disayangi para Auliya’ Allah iaitu sering mengirim bacaan Al Fatihah kepada mereka
  • Barang siapa mencintai orang Sholeh dan membesarkannya, maka Allah akan memberikannya keturunan yang Sholeh
  • Supaya hidup penuh barokah, sayangi dan cintai lah para Auliya Allah
  • Aku selalu berada di dalam ruh pecinta-pecintaku. Apabila ada rasa rindu di hati kalian berarti aku maujud sudah di batin kerinduan kalian
  • Bacaan ketika Abah Sekumpul minum obat dan minum air putih;

Bismillahirrahmanirrahim nawaitussyifa’ bibarokatil Musthofa shollallohu ‘alaihi wasallam

  • Orang yang paling celaka itu senang mendapat pujian orang lain. Walhal sifat yang dipuji orang itu tidak ada padanya
  • Menyukuri ilmu dengan mengamalkannya, menyukuri amal dengan ikhlas dan menyukuri ikhlas dengan istiqomah
  • Sakaratul maut itu mudah bagi orang yang rajin membaca istighfar
  • Supaya tidak hancur di dalam kubur​ adalah mencintai Auliya’ dengan cara sering membaca riwayat mereka
  • Supaya mati kita dalam keadaan beriman dan khusnul khotimah, jangan sesekali kita melihat kekurangan dan keburukan orang lain
  • Apapun pekerjaan mu samada menjadi pedagang, pengajar, buruh atau guru, usahakanlah agar seminggu sekali duduk di majlis ilmu dan berkumpul dengan para ulama’ dan para Habib untuk menuntut ilmu Agama kerana inilah jalan yang paling diredhai Allah SWT
  • Kita takkan pernah boleh berkawan selama kita masih memandang dosa daripada kawan kita. Oleh sebab itu pandanglah diri dahulu sebelum memandang diri orang lain
  • Bagi orang yang beriman tatkala ditimpa musibah, mereka menganggap itulah hari raya bagi dirinya kerana dosanya dibersihkan oleh Allah
  • Jika kita ini kehilangan sesuatu, itu tandanya Allah menghilangkan yang tidak baik untuk kita. Mudahan kita ikhlas dan mampu bersabar dengan apa yang ditakdirkan Allah Taala kepada kita.
  • Barang siapa mengamalkan doa;

Allohummaghfir liummati sayyidina Muhammadin, Allohummarham, ummata sayyidina Muhammadin, Allohummastur ummata sayyidina, Muhammadin, Allohummajbur ummata sayyidina Muhammadin,
Allohummah ashlih ummata sayyidina muhammadin,
Allohumma ‘Aafii ummata sayyidina Muhammadin.

Maksudnya; Ya Allah ampunilah umat Sayyidina Muhammad ,Ya Allah rahmatilah umat Sayyidina Muhammad , Ya Allah tutuplah aib umat Sayyidina Muhammad , Ya Allah lengkapilah kekurangan umat Sayyidina Muhammad

Sebanyak empat kali sesudah solat Subuh, di antara keberuntungan bagi yang mengamalkannya adalah;

  1. Dimasukkan jumlah martabat Fadhilah Wali Qutub
  2. Dijadikan kaya dan mudah rezkinya
  3. Ditinggikan darjat buat dunia dan akhiratnya
  4. Akhir umurnya di akhiri dengan Khusnul khotimah

Tidak hanya dengan membacakan doa tersebut, kita juga perlu mengamalkan perkara di bawah ini dalam kehidupan kita;

  1. Mengampuni atau memaafkan kesalahan orang lain
  2. Kasih sayang terhadap umat Rasulullah
  3. Menutupi kekurangan dan aib umat Rasulullah
  4. Menyenangkan hati umat Rasulullah

Mudah-mudahan Allah bantu kita agar mampu mengamalkannya.

Allahumma Ameen

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s