Wasiat Tok Kenali

Ingatlah di sebalik wasiat Tok Kenali (dari Kitab Jalan Untuk Kembali);

“Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri” itu terkandung maksud yang teramat cantik dan teramat indah iaitu: Sesungguhnya, bukan kaki dan tanganyang melangkah dan mengangkat melainkan kuasanya Allah, bukan mata yang melihat melainkan melihatnya Allah, bukan telinga yang mendengar melainkan mendengar itu Allah, bukan kita yang hidup melainkan hidup itu Allah, bukan kita yang berkehendak melainkan berkehendak itu Allah, bukan kita yang berilmu melainkan berilmu itu Allah dan bukan mulut yang berkata-kata melainkan berkata-kata itu Allah.

Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Basar dan Kalam itu sifatnya Allah. Sifat kita berlawanan dengan sifat Allah. Kita bersifat Muhadas (baharu) dan bersifat binasa. Allah bersifat Qadim (kekal).

Buang keberadaan diri kita dan buang keakuan diri kita.

Kita ini bersifat mati, kita bersifat tidak ada dan kita ini barang yang tidak laku.

Siapa itu Diri?

“Semoga baju tidak sesekali melupakan kapas”

Kata keramat TOK KENALI ketika sedang menyampaikan kuliah kepada muridnya;

“Siapa panjang umur boleh tengok…

Bumi ini akan jadi rata,
Pasir akan terkambus,
Rumah akan teruntuh,
Manusia akan berjalan dengan terbang,
Manusia akan tidur dekat jamban tahi,
Manusia akan makan dekat tandas,
Ilmu berkembang serata kedai kopi,
Segala galanya akan berlaku.

Orang lebai akan banyak,
Orang cerdik pun akan bertambah,
Orang pandai pun akan ramai.

Tapi hak satu ni memang payah,
Semuanya mudah dilihat,
Bukit menjadi bumi,
Pusu menjadi tanah.”

“Allah itu Terang, Yang Lebih Terang Dari Cahaya Matahari! Allah Taala itu, terang dan teramat jelas. Terang dan jelasnya Allah Taala itu, terlebih terang dan terlebih jelas dari cahaya matahari itu sendiri? Kenapa kita tidak nampak Allah?

Sebab tidak terpandang, terlihat, tertilik dan ternampknya Allah itu, adalah kerana adanya sifat mata! Adanya sifat mata itulah, yang menyebabkan tuan-tuan tidak dapat untuk menilik, melihat atau memandang Allah swt. Cuba tuan-tuan buang atau hilangkan sifat mata dan sifat diri, disitu pastinya tuan-tuan dan puan-puan akan dapat melihat, menilik dan memandang Allah Taala. Mata dan sifat diri tuan-tuan sendirilah sebenar-benar sifat yang menghijab, mendinding dan yang menutup dari terpandang Allah Taala!”

Karomah Tok Kenali Rahimahullah

Telah masyhur cerita mengenai karomah Waliyullah Tok Kenali. Disini, bakal disebutkan beberapa karomah beliau, dinuqilkan daripada beberapa sumber.

Diantaranya adalah;

  • Tok Kenali amat tidak menyukai amalan melaga kerbau yang diamalkan sesetengah penduduk kepampungnya. Suatu ketika riuh rendah penduduk kampung berpesta meraikan kemenangan kerbau milik Tok Deramin sehingga kerbau dipakaikan baju berhias. KebetulanTok Kenali melalui tempat tersebut lalu bertanya; “Kenapa kerbau dipakaikan sebegini?” Lalu penduduk kampung menjawab dengan jawapan sinis; “Kerbau ni panas”. Tok Kenali lantas menjawab; “Biarkan dia panas”. Pada malamnya berlaku kebakaran, rumah Tok Deramin dan bangsal kerbaunya terbakar hangus kesemuanya.
  • Suatu ketika Tok Kenali bertembung dengan pemuda yang sedang menjala ikan, dilihatnya tiada seekor pun yang dapat ditangkapnya, lantas beliau memegang-megang dan menepuk-nepuk jalanya itu. Kemudian dijala kembali oleh pemuda itu, didapati banyak ikan di dalam jalanya.
  • Tok Kenali pernah menyatakan firasat nya dan memberi amaran supaya bersiap sedia bahawa akan berlaku banjir besar di Kelantan. Setahun kemudian, berlaku banjir besar yang menenggelamkan beberapa tempat termasuk Kota Bharu, serta memusnahkan tanaman dan ternakan yang dikenali sebagai Bah Merah. Air banjir terlalu keruh kemerah-merahan. Peristiwa itu berlaku pada 26 Dis 1926, dan menjadi catatan dalam sejarah Kelantan.

Walaupun Tok Kenali telah lama pergi menemui Pencipta-Nya, jasa dan ilmu yang yang dicurahkan semakin kembang dan menyinari setiap insan. Semoga damai ruhmu di sana.

Al Fatihah (di baca).

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s