Tatkala Diri di Hargai

Alhamdulillah,
Tanpa di duga pihak pengurusan memberikan buah tangan istimewa beserta kad ucapan semangat buat kami yang masih terkandas di sini.

Barangkali ini tidak seberapa namun, amat beerti buat kami atas tanda prihatin akan keadaan semasa. Tidak hanya sekadar pemberian malah di susuli dengan panggilan telefon bertanyakan khabar akan diri dan keluarga tercinta di tanahair.

Benar,
Cabaran kali ini sangat hebat dari segi menghadapi operasi sedia ada malah emosi yang wajib di monitor setiap masa lebih-lebih lagi memasuki bulan kelima di perantauan.

Perjuangan ini masih diteruskan bukan kerana mendambakan nikmat dunia mahupun ‘darah menjadi biru‘ tetapi, demi melangsungkan usaha yang selama ini terus berjalan demi pembangunan ummah agar tidak ianya terhenti.

Itu adalah impian saya malah tidak sesekali ‘mereka’ ketahui hujung pangkalnya. Demi tuhan, saya maafkan ‘mereka’.

In Shaa Allah atas izinNya sampai waktu saya kembali ke pangkuan keluarga tatkala Airport di buka sepenuhnya.

Di kesempatan ini, sekalung kasih buat keluarga tercinta dan sahabat handai atas semangat dan doa yang diberikan. Itu adalah sumber kekuatan bagi saya dan saya hargai sepenuhnya.

Bak kata pepatah;
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri!

Doakan saya agar segala urusan dipermudahkan Allah untuk hari ini dan seterusnya. Allahumma Ameen

Abu Adam
Saudi Arabia
17th July 2020

Alhamdulillah atas kurniaan AllahPemberian istimewa ini berupa kad ucapan khas, minyak wangi gaharu Arab, chocolate, hand sanitizer dan power bank.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s