Seorang lelaki telah diminta utuk mengecat sebuah perahu oleh pelanggannya. Di saat mengecat, ia menemukan sebuah lubang kecil di lambung perahu tersebut dan menampalnya secara diam. Begitu selesai mengecat, ia terima upahnya dan berlalu pergi.
Tidak lama berselang, pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut dan memberinya wang yang nilainya sungguh tinggi.
Dalam kebingungan Si tukang cat itu terkejut dan lalu berkata;
“Anda sudah membayar upah saya, Tuan”.
“Tetapi ini bukan upah untuk mengecat. Ini kerana anda sudah menampal satu lubang dilambung perahuku”. Kata pemilik perahu
“Ah, Itu kan cuma hal kecil”. Anda tidak perlu memberi saya wang sebanyak ini untuk pekerjaan sekecil itu”.
Kata pemilik perahu itu berikutnya;
“Mungkin anda tidak mengerti. Saat saya minta anda mengecat kapal itu, saya lupa memberi tahu tentang lubang tersebut. Ketika cat perahu sudah kering, anak-anak saya langsung pergi mancing dengan menaiki perahu itu.
Mereka tidak tahu tentang lubang itu, sementara saya tidak berada di rumah saat mereka pergi. Ketika saya pulang dan menyedari mereka telah membawa perahu itu pergi, saya jadi sangat khawatir kerana saya tahu kalau perahu itu bocor.
Alangkah leganya saya ketika melihat mereka semua pulang dengan selamat. Lalu saya mendapati bahawa Anda telah menampal lambung kapal yang bocor itu. Anda telah menyelamatkan anak-anak saya.
Yang sudah Anda lakukan bukan hal kecil, kerana itu telah menyelamatkan nyawa orang lain. Sesungguhnya wang tidak bernilai untuk membayar kebaikanmu itu!”
Saudaraku yang mulia,
Teruslah menolong, meringankan beban orang lain dan perbaikilah setiap lubang yang anda temukan. Anda tidak akan pernah tahu bilakah bantuan anda bermanfaat.
Saat kita berusaha menciptakan hal yang bermanfaat bagi orang lain, dan membantu meringankan beban orang lain, maka yakinlah bahawa kita tentu saja sudah menerangi jalan kita sendiri.
Maka dengan itu, jadilah penerang bagi orang lain. In Shaa Allah
Wallahu a’lam