Latok – Makanan Etnik Yang Penuh Khasiat

PENGENALAN

Barangkali masih ramai yang tidak pernah mendengar malah merasainya sebelum ini. Sejenis rumpai laut anugerah Allah ini lebih dikenali sebagai Latok dan turut di panggil sebagai ‘Anggur Laut’ bagi sesetengah peminatnya.

Makanan etnik ini amat popular di kalangan suku Bajau Laut yang kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna, Sabah.

Bagaimana dengan rasanya?

Tekstur nya kurang lebih seperti telur ikan dan mempunyai rasa yang lebih kepada rumpai laut segar. Rasa sedikit asin, rangup ketika mengunyahnya dan sedikit berlendir bila ianya pecah di mulut. Ramai yang menyukainya malah berterusan membelinya setelah itu.

Lidah dan tekak manusia pasti berbeza penerimaannya. Jika tidak pernah mencuba, pasti takkan kita tahu bukan?

Kepada anda yang tidak pernah merasai yang segar secara terus (pastikan membasuhnya terlebih dahulu sebelum makan), pasti anda merasa pelik. Justeru itu kebanyakkan peminatnya kreatif di dalam setiap hidangannya samada di makan dengan sos istimewa yang pedas-pedas masam, di campurkan bersama urap, di jadikan ulam yang di makan bersama nasi atau hanya sekadar perahan limau Kasturi dan cili.

Untuk makluman, Latok ini sensitive kepada haba panas dan air. Jangan biarkan ianya terdedah dan jangan merendamnya. Walaupun ianya boleh di simpan dalam suhu bilik kurang lebih seminggu, saya tetap mencadangkan kepada anda agar memakannya dengan segera sebaik sahaja anda membeli agar anda dapat merasai tahap kesegaran yang lebih sempurna.

Berdasarkan kepada pengalaman mereka yang pernah memakannya malah turut mengkajinya, Latok ini dipercayai mempunyai pelbagai khasiat bagi luaran dan dalaman badan yang dianggap dapat memberi kebaikan antaranya;

1. Menguatkan tulang dan sendi – Latok bersifat anti-keradangan kerana kaya dengan protein, kalsium dan asid lemak tidak tepu yang terkandungan didalam kumpulan omega3.

2. Mengurangkan risiko darah tinggi dan kencing manis – Ia juga kaya dengan kalsium, potasium dan vitamin C yang berperanan mengawal tekanan darah dengan mengurangkan pembentukan sodium dan cecair di dalam badan. Kandungan omega3 yang tinggi dapat membantu mengekalkan paras gula yang rendah didalam darah.

3. Menghalang pembengkakan thyroid – Latok kaya dengan iodin yang boleh mengelakkan pembengkakan thyroid yang tidak normal dan menyebabkan batuk serta kesukaran bernafas.

4. Melawan sel kanser – Rumpai laut mengandungi Fucoidan (sejenis kompaun yang terdapat di sel dinding rumpai laut) iaitu bersifat anti kanser dan juga menguatkan sistem imunisasi badan.

5. Melindungi mata dan jantung – Asid lemak tidak tepu yang terkandung didalam rumpai laut dapat membantu memperbaiki penglihatan dan memori. Kadar kolesterol didalam badan menyebabkan individu tersebut mudah mendapat masalah jantung seperti strok dan serangan jantung.

6. Kulit yang cantik dan rambut yang lembut – Seperti rumpai laut yang lain, Latok mengandungi lemak sihat yang dapat melindungi sel membran daripada kerosakan akibat radikal bebas yang membuatkan kulit lebih anjal dan cantik. Latok ini juga merupakan sumber kolagen dan antioksidan yang merupakan senjata penting untuk melawan kesan negatif daripada proses penuaan dan sentiasa awet muda!

7. Mengawal berat badan – Latok ini sudah boleh anda jadikan snek kerana kandungan iodin, zink, omega-3, kalsium, potasium dan vitamin yang tinggi dapat membantu anda untuk sentiasa mempunyai berat badan yang ideal dan sihat.

RESEPI ASAS – SOS PENCICAH LATOK

Kisar semua bahan di bawah dan masak ianya sehingga mendidih. Setelah itu sejukkan dan boleh makan Bersama latok;

  1. Cili merah (letakkan sedikit cili padi jika ingin lebih pedas)
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Jus limau kasturi
  5. Sedikit garam
  6. Sedikit gula

ADA YANG BERMINAT UNTUK MERASAI PENGALAMAN MEMAKAN LATOK?

Packaging Latok ini di hidangkan bersama 2 jenis sos istimewa
Permintaan yang besar setiap hari dari peminatnya

Untuk sebekas Latok bersama 2 sos pencicah istimewa ini berharga RM15.

Buat yang berhajat di seluruh Semenanjung Malaysia, anda boleh hubungi Puan Rapidsza (Iza) melalui www.wasap.my/60193456406/latok . Pelbagai perkongsian boleh anda lihat di Facebook beliau dan juga di page Kak Pids’s Home Kitchen . Turut tidak terkecuali, beliau juga menjual pelbagai jenis pekasam berempah yang tidak kurang juga enaknya.

Antara pekasam berempah yang turut serta di jual oleh Puan Rapidsza

Kualiti yang diberikan sangat baik serta segar. Alhamdulillah, sehingga kini, penjualannya tidak putus serta mendapat bekalan yang berterusan dari HQ. Apa yang saya lihat, para pelanggan konsisten mendapatkan Latok ini setiap waktu.

Syukur kepada Allah, saya turut bangga kepada beliau atas usahanya dan yang membuatkan saya terharu, setiap keuntungan yang diperolehi turut sama dikongsikan kepada yang pihak yang memerlukan. Semoga rahmat dan kasih Allah sentiasa mengalir buat beliau dan para pelanggannya. Dan semoga rezekinya tidak akan putus sepertinya Air Zam-Zam yang terus mengalir tanpa hentinya. Allahumma Ameen

Selagi masih adanya ‘benih’ di tangan, jangan terus menunggu untuk menyemai. Semoga ianya menjadi pohon yang ranum, bercabang dan tinggi menerbitkan rasa yang girang di ‘sana’ nanti.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib,
Kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah laksana sungai yang mengalir deras di atas tangan kami dan bukannya di hati kami agar dapat untuk kami membawanya ke jalan-Mu. Allahumma Ameen.

Anda perlu mencubanya !
Gabungan Latok dan Pekasam Telur Sotong yang sungguh menyelerakan.
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s