Insan Yang di Rindui

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (selawat dan salam buatmu Ya Rasulullah).

Kisah Rasulullah di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum tatkala Jibrail berkata bahawa umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain.

Betapa Rasulullah begitu merindui umatnya, umat yang hidup selepas kewafatannya. Namun kita sering lupa, lupa pada hakikat rindu yang sebenarnya kerana kerasnya hati kita.

Betapa Rasulullah menyayangi umatnya, umat akhir zaman yang mulia. Namun kita seringkali lupa kerana rindu kita pada manusia.

Betapa Rasulullah begitu kasih akan umatnya, umat yang tidak pernah memandang dan melihat baginda. Namun sehingga ke akhir hayatnya Baginda tidak pernah lupa pada umatnya.

Tangisan Rasulullah pada akhir hayatnya adalah tangisan kerinduan baginda kepada umatnya, di sisi ALLAH mereka mulia.

  • Siapa yang dirindukan Baginda Nabi Muhammad?
  • Siapa yang didoakan Baginda nabi Muhammad setiap waktu?

Ia adalah kita, tetapi sudahkah kita mencintai Baginda Rasulullah, adakah kita mengingati kasih Baginda kepada kita?

  • Renungilah siapa yang menjadi ikon kita selama ini?
  • Siapa idola anak-anak muda sekarang?
  • Siapa idola saudara-saudara kita saat ini?

Peringatan buat diriku!
Kita bangga dengan ikon artis-artis dan kita bangga dengan pemain-pemain bola sepak.

Kita mula lupa pada ikon dan idola kita yang sepatutnya iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kita mengaku kita adalah umat Nabi Muhammad tapi kita tidak pernah mengikut sunnahnya, kita lupa untuk mencontohi akhlak Baginda, kita tenggelam dengan nikmat dunia.

Air mata yang sering kita tumpahkan bukan air mata rindu dan cinta kita pada Nabi kita tapi air mata kekecewaan dalam bercinta.

Kita umat yang lalai dan leka, kita sering terlupa meletakkan cinta dan rindu kita pada Baginda.

Bersama-samalah kita hidupkan kembali kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

Semoga di Padang mahsyar nanti kita akan bertemu dengan baginda Rasulullah. In Shaa Allah.

Adakah kita sayangkan Rasulullah sepertimana sayangnya Rasulullah kepada kita?

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Dengan lafaz سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib,
Jadikanlah kami menjadi sebaik-baiknya Hamba-Mu dan jauhkan kami dari kelalaian, kekufuran, kefakiran serta melakukan sebarang kemaksiatan. Allahumma Ameen.

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

Perkongsian hebat menusuk ke dalam hati oleh Guru Spritual saya, Tuan Firdaus Djamaris dari ESQ 165 Malaysia untuk semua.
Ayuh suburkan kembali tanda kasih kepada Baginda Rasullullah SAW, manusia terpuji buat sepanjang zaman.
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s