Bangkit Dari Kepasrahan

Seorang jejaka yang tidak lulus ujian memasuki universiti telah dinikahkan oleh orang tuanya dengan seorang gadis pingitan.

Untuk memberi nafkah kepada isterinya, dia mencuba menjadi guru pra-sekolah dan mulai mengajar. Oleh sebab tidak mempunyai kelulusan latihan mengajar, belum sampai satu minggu dia sudah diberhentikan.

Setibanya di rumah, si isteri cuba menenangkannya dengan berkata;
“Banyak ilmu dalam kepala, ada orang yang boleh menuangkannya, dan ada pula yang tidak. Tidak perlulah bersedih kerana hal ini. Mungkin ada pekerjaan lain yang lebih sesuai sedang menanti.”

Kemudian dia mencuba pula pekerjaan lain, namun dipecat juga kerana tidak cekap.

Si isteri merenung wajah suaminya seraya berkata;
“Kecekapan seseorang itu berbeza, orang lain sudah bekerja beberapa tahun lamanya, abang hanya lepasan sekolah, bagaimana boleh menjadi cekap?”

Dia mencuba lagi dengan pelbagai pekerjaan lain, namun tidak ada satu pun yang berhasil. Semuanya gagal di tengah jalan.

Namun demikian, setiap kali dia pulang dengan patah semangat, si isteri yang setia terus sahaja memberikan kata-kata perangsang dan tidak pernah sedikit pun mengeluh.

Bila sudah berumur 30-an dan punya anak kecil 3 orang, dia mulai mendapat berkat sedikit demi sedikit melalui bakatnya berbahasa dan menjadi seorang pembimbing di Pusat Ehsan.

Kemudian dia membuka kedai kecil-kecilan menjual alat-alat bantu bagi orang-orang cacat, serta berhasil pula membesarkan kedai tersebut.

Akhirnya dia menjadi pembekal tetap bagi peralatan orang cacat. Beliau semakin maju, serta memiliki kekayaan yang bertapak dari kedainya itu.

Suatu hari, dia yang sekarang sudah berjaya, bertanya kepada isterinya;
“Kenapakah ketika dulu masa depanku sedang suram, adinda tetap begitu percaya padaku?”

Jawab si isteri sangat sederhana;
“Sebidang tanah yang tidak sesuai ditanami gandum, boleh dicuba untuk ditanami kacang. Jika kacang pun juga tidak boleh tumbuh dengan baik, dicuba lagi tanami buah-buahan. Jika buah-buahan pun juga tidak boleh tumbuh, maka semaikanlah dengan bibit gandum hitam, pasti akan berbunga, kerana pada sebidang tanah itu pasti ada bibit yang sesuai untuknya dan boleh menghasilkan tanaman yang bersesuaian pula.”

Mendengar penjelasan si isteri, menitislah air dari kelopak matanya kerana rasa terharu. Keyakinan yang kuat, serta ketabahan dan kasih sayang si isteri, bagaikan sebutir bibit hitam yang harum lagi unggul.

Prestasi dirinya adalah berkat keajaiban bibit unggul yang kukuh hingga tumbuh kembang jadi kenyataan.

Di dunia ini tidak ada seorang pun yang menjadi sekadar sampah merempat, akan tetapi seseorang itu hanya tidak berada di tempat yang tepat dan berkat.

Setelah membaca cerita ini, jangan dibiarkan sepi sahaja, teruskan hantar kepada orang lain. Anda akan ikut berbahagia apabila orang yang tadinya susah berhasil mengubah kehidupannya. Allahumma Ameen

Dengan lafaz سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib,
Jadikanlah kami menjadi sebaik-baiknya Hamba-Mu dan jauhkan kami dari kelalaian, kekufuran, kefakiran serta melakukan sebarang kemaksiatan. Allahumma Ameen.

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s