Seni Indah Membangkit Memori dan Semangat

Alhamdulillah,

Ianya antara pelengkap ‘mini gallery‘ yang telah saya usahakan dalam ruangan khas di office peribadi saya. Gallery ini di ilhamkan pada suatu ketika saya bertugas di perairan Malaysia dan syukur, Allah bantu saya merealisikannya walau mengambil waktu melebihi 10 tahun.

Di saat itu, saya bermonolog sendirian yang mana jiwa saya melayang jauh dengan mengandaikan kini usia menjadi sangat tua bersendirian melihat gallery tersebut sambil mengimbau kenangan lalu. Turut sama, menceritakan pebagai kisah sepanjang waktu berjuang dalam kehidupan buat ‘Cucunda‘ tercinta yang sedang menatapnya.

Ingin sekali bagi saya menyatakan kepada generasi seterusnya bahawa;

Walaupun langit tidak selalunya cerah, percayalah bahawa mendung tidak akan kekal selamanya. Pasti akan adanya ruang untuk kita bangkit semula dengan semangat baru yang penuh membara!

Redha dengan segala ketentuan Allah dan pasti akan dikurniakan perasaan yang penuh bahagia

Penghasilan ‘mini gallery’ ini bukan mudah. Bermula dari lakaran kertas kepada bentuk grafik, disusuli dengan perbincangan yang melibatkan pelbagai contractor dan pastinya melibatkan wang yang bukan sedikit dapat saya siapkan sepenuhnya dalam waktu 3 minggu atas izin-Nya.

Saya dedikasikan ianya khas buat Ayahanda, Permaisuri Hati, Anakanda juga buat generasi mendatang.

Mini Gallery

Hasil seni yang sangat unik dari tangan insan istimewa ini membawa saya menyeberangi segala kenangan terindah sebagai pekerja Oil & Gas bermula hampir 19 tahun yang lalu.

Sekalung kasih Mas DoctorEngraving Juragan Ukiran atas bantuan, design serta advice yang diberikan. Penghargaan yang besar dari saya buat kamu dan semoga atas izin Allah, segala usaha serta kerja seni mu terus mendapat pengiktirafan baik dalam mahupun di luar negara. Allahumma Ameen

Terlalu banyak memori indah, pahit juga pengalaman membina yang ditimba tidak kira siapa gurunya samada soal kehidupan dunia mahupun sebaliknya yang mana bagi saya ianya suatu ‘Anugerah’ yang sangat indah.

Buat Anakandaku dan seluruh generasiku, dunia sebenar tersangatlah luas. Kenangilah pengorbanan insan terdahulu. Walau setinggi manapun pencapaian yang dikurniakan, ingatlah bahawa destinasi terakhir itulah matlamat hidup kita di dunia.

Jika kekayaan yang kamu inginkan, mohonlah supaya ianya berada di tanganmu dan bukan di hatimu. Dan jika kehidupan Zuhud yang kamu idam-idamkan, damai lah hatiku dan doaku seiiring dengan nafasmu.

Kalian adalah penguat semangat agar diri ini terus maju ke hadapan walau pelbagai liku harus ditempoh baik suka atau tidak!

Doa dan harapan semoga kita terus maju jaya melangkah hari-hari mendatang dengan penuh istiqamah dan gemilang. Allahumma Ameen

Dan semurni kasih-Nya yang meliputi segala sesuatu.

Abu Adam
East Asia and Middle East Operation – Since 2002

Pandangan Sisi Belakang
Pandangan Sisi Atas
Cenderamata – Ukiran Schlumberger
Cenderamata – Ukiran Bernama

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s