Masya Allah,
Sejak sebelum site move kurang lebih seminggu yang lalu sehingga ke hari ini dan di susuli oleh Aramco Corporate Audit serta operasi yang berterusan dari pelbagai segment, sememangnya ‘hitch’ kali ini benar-benar menguji minda dan memenatkan.
Pasti, ‘Leadership‘ and strong ‘Team Work‘ adalah kekuatan kami dalam usaha melengkapkan misi yang bernilai jutaan Dolar ini saban hari.
Alhamdulillah,
Jauh di lubuk hati, saya dapat merasai kebahagiaan di penghujung nya. Tiada sebarang tugasan yang tidak disertakan dengan pelbagai masalah. Pastinya mendidik diri untuk terus maju melangkah ke hadapan.
Ada waktu, konflik kerja itu pasti akan hadir. Lumrah kehidupan di dunia Oil and Gas Field. Sebagai Leader, usahakan agar dapat mengawal diri sendiri juga buat mereka yang berada di bawahan. Bangkitkan ‘sinergy‘ di dalam team. In Shaa Allah perkara yang dianggap sukar pasti terasa mudah dengan izin Allah.
Teringat kata Sang Guru;
Ambil lah seketul batu dan lemparkan ke dalam gelas. Pasti akan engkau lihat percikan air itu. Dan jika nasib mu tidak baik, pasti membasahi pakaian mu.
Nah,
Kini ambil lagi seketul batu yang lain. Campakkan lah ke dalam laut yang luas. Pasti akan engkau lihat, tidak terkesan sama sekali walaupun engkau lemparkan dengan batu yang lebih besar dari itu.
Maka, besarkan jiwa dan hatimu
Syukur ke hadrat Yang Maha Pemberi,
Rezeki kurniaan Allah dapat dkongsikan bersama teman setugas di malam ini.
Saya amat menggemari makanan khas dari Yaman, ringkas dan amat menyelerakan. Yang membuatkan ianya lebih mengesankan, adalah kemesraan dan ikatan persahabatan.
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Sungguh, tiada satu pun nikmat kurniaan mu yang aku dustakan Ya Rabb!