Allahu Allah,
Di serata dunia kini sedang di landa wabak virus yang amat merbahaya. Tidak terkecuali situasi yang turut sama kami rasai di Saudi bumi bertuah. Setia menunggu mangsanya yang leka.
Impak nya amat besar. Mampu memutuskan nyawa juga turut membuat ekonomi dan rakyat sengsara.
Malah, pelbagai teori kaedah mencegah dan merawat di utarakan. Sesungguhnya diri ini yakin pasti ada ramuan nya kerana setiap sesuatu penyakit itu akan ada penawarnya.
Benar,
Ujian ini berat. Namun yakin lah bahawa Allah tidak akan menguji setiap hambaNya atas kapasiti di luar kemampuan hambaNya.
Carilah titik lemah di dalam dirimu. Aturkan kembali kordinat asal yang telah lama pergi. Tatkala belenggu mengelilingi hati, maka hilang lah gemerlapan fitrah di dalam diri.
Di sebalik musibah itu terkandung hikmah jika mampu dirimu menghayati. Subhanallah, kembali nya nilai kemanusiaan malah turut kembalinya manusia kepada Sang Pencipta.
Doa itu adalah senjata, buat para muslimin anugerah dari-Nya
Wahai Hati,
Bertabah lah dengan ujian ilahi. Sungguh, ujian Nabi Ayub itu jauh lebih berat berbanding dirimu. Maka sabar dan bersyukur lah.
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;
“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” (QS. Al-Anbiya 21: Ayat 83)
“Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).” (QS. Al-Anbiya 21: Ayat 84)
Wallahu a’lam.
Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran. Allahumma Ameen
Abu Adam
Uthmaniah Field – Saudi Arabia