Bahaya Tanpa di Duga – Tugasan di Padang Pasir

Apa yang dilihat cabaran besar yang perlu kami hadapi ketika melaksanakan tugasan berkaitan Oil & Gas Industry di Saudi Arabia adalah suhu panas yang melampau berbanding di Malaysia.

Bukan sahaja di musim panas malah di musim dingin tidak kurang juga penangannya. Pernah saya merasai suhu sehingga negative-1. Allahu, Di tengah padang pasir yang kurangnya tempat berlindung, pemanas yang dibuka juga tidak mampu menampung ganasnya ‘Sang Bayu’.

Namun, kami juga harus berwaspada dengan makhluk Allah ini yang mampu meragut nyawa kami pada bila-bila masa. Ular, kala jengking dan labah-labah gurun sangat bisa jika terkena sengatannya.

Ular ini berada di kawasan Wellhead dan telah di tangkap oleh salah seorang dari Operator

Alhamdulillah, rakan seperjuangan dapat menangkap seekor ular padang pasir yang berkeliaran di camp malam tadi. Jika tidak, kebarangkalian yang menjadi mangsanya tetap ada. Menjadi lumrah di musim panas yang melanda, habitat ini akan berusaha menempatkan diri di kawasan teduh.

Allahu, pernah kami temui anak ular yang di kawasan cabin penempatan kami
Kala Jengking ini amat berbisa

Sebagai penguasa di lapangan, menjadi kewajipan bagi saya memastikan para pekerja saling mengingati sesama sendiri juga berjaga-jaga setiap waktu dari pelbagai kemungkinan. Sebarang PPE (Personal Protective Equipment) terutamanya kasut keselamatan tidak dibenarkan sama sekali di letakkan di kedudukan paling bawah dari cabin agar hidupan berbisa ini tidak bersembunyi di dalamnya.

Jika ada di antara kami bernasib malang, demi mendapatkan rawatan segera itu adalah sukar memandangkan lokasi kerja yang tersangat jauh dari bandar.

Pada masa yang sama, sebagai langkah keselamatan pihak kami juga menyediakan perkhidmatan ‘Pest Control‘ secara berkala setiap minggu dengan turut meletakkan chemical tertentu di sekeliling camp bagi menghalang binatang berbisa dari menghampiri ke kawasan penempatan kami.

Maha Suci Allah,
Antara ujian terhebat dalam mencari rezeki. Pasti akan adanya sesuatu yang dapat direnungi akan tanda kebesaran Ilahi.

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Qs. An Nahl: 18]

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib, Jadikanlah kami menjadi sebaik-baiknya Hamba-Mu dan jauhkan kami dari kelalaian, kekufuran, kefakiran serta melakukan sebarang kemaksiatan.

Allahumma Ameen.

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s