Pagi di bumi Saudi Arabia …. 😊
Alhamdulillah,
Setelah sekian waktu ‘berjuang’ dalam melaksanakan tugasan harian di lokasi, tiba masanya untuk saya merehatkan diri.
Cabaran itu sangat hebat dari segi menghadapi operasi sedia ada malah emosi yang wajib di monitor setiap masa lebih-lebih lagi melebihi 4 bulan di perantauan.

Uniknya kali ini, pihak pengurusan syarikat bermurah hati memberikan saya peluang merasai suasana baru agar setidaknya mengurangkan bebanan emosi sedia ada.
Telah 3 hari saya berada di Holiday Inn Resort Half Moon Bay di Azizzia area Khobar dan baru mempunyai kekuatan untuk berlegar-legar di kawasan sekitar. Resort ini bertaraf 4 bintang. Ia menawarkan bilik-bilik moden dengan pemandangan Half Moon Bay yang menakjubkan.
Mengikut apa yang di kata, kawasan persisiran pantai ini panjangnya seluas 45km dan di hujung persimpangan, kita dapat menelusuri Causeway Bay menuju ke Negara Bahrain.
Masya Allah,
Permandangan nya sangat indah dan ini merupakan pengalaman pertama saya melihat laut di Al Khobar.
Half Moon Bay ini terletak berhampiran bandar Khobar di Wilayah Timur Arab Saudi. Teluk Half Moon telah menjadi tempat rekreasi bagi kebanyakkan orang, termasuk para pekerja di industri minyak dan gas. Banyak sekali aktiviti pantai dilakukan samada memancing, jet ski, belayar mahupun riadah keluarga.

Doakan saya agar segala urusan dipermudahkan Allah untuk hari ini dan seterusnya. Allahumma Ameen
Dedikasi Buatmu – Ayahanda Jamil Ali, Permaisuri Hati Rapidsza Iza, Anakanda Adam Yuhailmy, Danish Iskandar, Aqil Ziqry dan Noah Luqman
Tetesan air mata jatuh lagi,
Ingat kau di sana kau tertawa kau bahagia,
Cobalah sejenak sabar menanti,
Tunggu aku pulang bawa sebuah penawar lara,
Ku lakukan semua ini untukmu
Agar kita bahagia untuk selamanya.
Aku lelah, lelahku terbiasa,
Sakitku terbiasa semua untuk kamu,
Tak mengapa peluhku bercucuran,
Sakitpun ku acuhkan semua demi kamu,
Ku lakukan semua ini untukmu,
Agar kita bahagia, bahagia kita bersama.
Abu Adam
Saudi Arabia
12th July 2020
06:30 hrs
