Antara Soalan Yang Sering di Dengar

Bagaimana saya nak simpan emas sedangkan duit yang ada pun tak pernahnya mencukupi? Kaedah saranan dari saya; Pertamanya, anda perlu ada perasaan minat / suka / sayang / ingin memiliki emas terlebih dahulu. Setelah ada perasaan itu, pasti hati anda akan terbuka untuk membeli emas.Apabila hati telah terbuka, setiap kali anda dapat wang gajian / … Continue reading Antara Soalan Yang Sering di Dengar

Intrinsic Value

Apakah yang akan terjadi seandainya kita membahagikan wang kertas seperti ini? Pasti !Ianya akan menjadi tidak berharga kerana keaadaannya dikira rosak. Sekarang bayangkan pula sekiranya emas dipotong dua? Pasti !Sang emas mengekalkan kuasa nilaiannya. Begitu berharganya emas pada nilainya sendiri tanpa perlu disandarkan kepada objek selainnya. Ia tetap berharga walau apa jua kondisi fizikalnya samada … Continue reading Intrinsic Value

Pelaburan Emas Dan Unit Amanah

Umum mengetahui bahawa pelaburan adalah instrumen untuk menggandakan wang. Seperti berniaga, untung rugi adalah perkara biasa dalam pelaburan. Tiada pelaburan yang sentiasa menjanjikan untung sangat tinggi. Jika ada, anda perlu lebih hati-hati dan membuat sedikit 'research' kerana kebarangkalian ianya 'scam' adalah tinggi. Ada orang mengatakan Unit Trust / Amanah itu bagus kerana boleh memberikan dividen … Continue reading Pelaburan Emas Dan Unit Amanah

Keupayaan Sang Emas Menyimpan Nilainya

Alhamdulillah,Saya bermula sebagai penyimpan emas sejak tahun 2012 dan penjadi penyimpan ‘tegar’ bermula 2015. Emas pertama yang saya beli ketika itu adalah seberat 20 gram. Ketika itu harga emas 24 karat / Au 999.9 hanya sekitar antara RM130 hingga RM150 per gram. Memang nampak sukar untuk melihat harga emas naik lebih tinggi memandangkan dunia ketika … Continue reading Keupayaan Sang Emas Menyimpan Nilainya

Pembelian Emas Ketika Dalam Ketakutan

Telah menjadi adat resam manusia jika dilihat dalam sejarah peradaban dunia yang mana orang awam akan mula membuat pembelian Emas kerana perasaan takutnya mereka disebabkan impak dari politik, ekonomi dan juga ketidakstabilan kewangan negara. Pada mereka, membeli emas bertujuan untuk memastikan 'kekayaan' benar-benar di dalam 'genggaman'. Emas terkumpul hanya 'pemunya' yang mengetahui jumlah dan nilai … Continue reading Pembelian Emas Ketika Dalam Ketakutan

Emas Jangan di Cairkan Tanpa Sebab Yang Kukuh

Emas merupakan ASET yang dijadikan simpanan jangka masa panjang, melindungi kekayaan juga penyimpan nilai yang terbaik. Namun, sekiranya anda ingin mencairkannya, pastikan tujuannya hanya terbatas kepada; Keperluan yang sangat mendesakPembelian emas dalam bentuk yang lainHartanahModal perniagaan Sekiranya anda sayang untuk mencairkannya, masih ada kaedah yang lain iaitu dengan cara memajakkannya tetapi, pastikan anda mampu membayar … Continue reading Emas Jangan di Cairkan Tanpa Sebab Yang Kukuh

Bagaimana Memilih Emas Yang Berkualiti?

Semua mengakui emas sebagai logam yang sangat berharga dan bernilai tinggi. Pastinya setiap orang memiliki hasrat untuk mendapatkan emas ini samada untuk koleksi mahupun sebagai pelaburan yang berjangka. Harus diingat, masih terdapat penjual yang mengambil kesempatan di luar sana di atas kealpaan kita. Justeru itu, ilmu memainkan faktor terhebat. Persoalannya, bagaimana mendapatkan produk emas yang … Continue reading Bagaimana Memilih Emas Yang Berkualiti?

Impian dan Matlamat Penyimpan Emas

Tidak semua penyimpan Emas mempunyai niat yang sama. Ada penyimpanan yang bersifat jangkamasa pendek juga sebaliknya manakala antara tujuan pemilikan yang di antaranya adalah; Mengatasi 'inflasi' berterusan ke atas matawang fiat yang akhirnya mengurangkan kuasa beliannyaSebagai aset mampu milik berbanding hartanah yang pastinya memerlukan modal besarKeuntungan di masa mendatangMengelakkan kebocoran wang atas sifat berbelanja yang … Continue reading Impian dan Matlamat Penyimpan Emas

Emas dan Perak – Kehebatan Yang Tersirat

Tidak dinafikan harga emas dan perak berubah setiap masa kecuali dagangan antarabangsa ditutup pada hujung minggu. Penurunan harga tidaklah boleh dianggap sebagai risiko besar kerana logam mulia ini merupakan pelaburan bersifat jangkamasa panjang yang mana ianya penyimpan nilai terbaik. Manakala wang fiat setinggi mana angka yang tersimpan pasti akan dimamah inflasi yang mencengkam. Itu belum … Continue reading Emas dan Perak – Kehebatan Yang Tersirat

Prinsip Mudah

MYR ⬇️ = Harga Emas ⬆️ Matawang adalah dibawah penguasaan pemerintah, sebaliknya emas bebas berdiri sendiri dan mengekalkan nilainya. Secara peribadi, saya bermula sebagai penyimpan emas pada tahun 2012. Sampai ketika nilai tukaran MYR berbanding 1 USD meningkat dari MYR 3.1 kepada MYR 3.4, hati saya semakin gundah gulana dan tanpa memikir panjang saya mengubahkan … Continue reading Prinsip Mudah