Selamatkan Duit Kepada Harta Fizikal

Sangat mengagumkan jika melihat insan-insan di luar sana yang mampu menyimpan wang fiat dalam jumlah yang cukup banyak dengan penuh komited, etika dan disiplin.

Secara jujur, kebanyakkan kita (termasuk saya) juga kadang kala tertewas atas nafsu berbelanja yang akhirnya menyebabkan kebocoran wang yang sangat parah.

Kebocoran wang atas sebab pembelian harta yang bersifat kekal yang pastinya menambahkan lagi kekayaan merupakan sifat terpuji berbanding dengan membelanjakannya demi keseronokan sementara seperti sering menukar gadget, kereta, perabut dan sebagainya.

Oleh itu, bagaimanakah kaedah mengatasi permasalahan ini?

Sebisa mungkin, usaha menukarkan wang simpanan paling tidak 1 dari 3 perkara di bawah agar dapat dicapai secepatnya;

  • EMAS Fizikal melalui konsep beli, simpan dan lupakan. Hanya cairkan pada waktu terdesak sahaja
  • RUMAH atau KEDAI untuk disewakan apabila wang untuk deposit telah tersedia. Carilah rumah di kawasan yang strategik agar ianya mudah untuk disewakan nanti dan kita tidak menanggung ansuran rumah tersebut yang akhirnya menjadi milikan kekal buat kita
  • TANAH yang akan kalian gunakan di masa hadapan

Antara 3 perkara di atas, paling mudah untuk dilaksanakan ialah pembelian aset emas!

Kenapa saya katakan begitu ?

  • Modal / budget pembelian emas sangat rendah dan pastinya anda mampu memilikinya
  • Setelah mengumpul emas sekian lama secara konsisten, pastinya menggunung juga kan? Oleh itu, anda boleh mencairkannya untuk membeli aset yang lebih besar samada tanah, rumah atau kedai sekalipun

Biarlah impian ingin menuju ke bintang. Sekiranya setelah lelah berusaha diri hanya mampu sampai ke bulan, itu sudah amat cemerlang dan memadai.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s