Bagaimana Menjana Emas Melalui Emas?

Umum mengetahui bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat baik untuk anda kembangkan aset dan mengekalkan kekayaan sedia ada.

Walaupun keuntungannya bersifat jangkamasa panjang namun, ianya amat berbaloi setelah anda sabar menanti hingga ke suatu masa.

Fungsi dan kepentingan memiliki emas mampu merealisasikan hasrat buat pemiliknya walaupun dari pelbagai golongan sekalipun. Kunci utamanya, pastikan menyimpan secara konsisten tanpa sebarang keraguan.

Demi Allah, saya amat menyarankan kepada anda untuk menyimpan emas demi masa depan yang baik untuk anda sekeluarga. Ilmu kurniaan Allah adalah menjadi kewajipan bagi saya untuk mengingati anda dan diri saya sendiri akan kebaikan menyimpan logam mulia yang terbukti mampu menghapuskan sistem kewangan yang berunsur riba juga turut melindungi anda dari terjerut dengan bahana di kemudian hari.

Ingat, emas dan perak merupakan matawang sunnah yang harus kita pertahankan dan pasti keberkatan itu hadir atas izin Allah.

Apabila berkata mengenai hasrat, ianya berkait rapat kepada matlamat yang ingin dicapai oleh penyimpan emas tersebut. Seperti yang kita maklum sebelum ini, terdapat 3 kategori utama manusia yang menyimpan emas iaitu;

  • Penyimpan — Kategori ini tertumpu kepada individu yang menyimpan Emas atas tujuan menyelamatkan nilai Matawang mereka yang dihakis oleh Inflasi. Pada masa yang sama mendapat keuntungan maksimun dalam jangkamasa panjang mengikut harga emas semasa dunia
  • Pelabur — Kategori ini amat mementingkan keuntungan jangkamasa sederhana (ROI) return of investment. Mereka ini biasanya membeli dalam kuantiti yang banyak sebagai contoh 250 gram Gold Bar yang kita sedia maklum semakin berat emas itu maka semakin kecil spread / susust nilainya. Keuntungan berganda sekiranya mereka mempunyai status Dealer yang mana mendapat rebet belian antara 1% ~ 2% atas setiap pembelian ditambah 0.3% sewaktu jualan balik. Target mereka ialah ‘Buy Low and Sell High’ dan mereka mempunyai ilmu teknikal emas dan bijak membaca graf harga emas tersebut
  • Peniaga — Kategori ini akan menyimpan sambil berniaga emas dan kebanyakkan mereka berstatus Dealer yang sah

Berbalik kepada matlamat dan hasrat penyimpan emas tadi, secara kasarnya dapat saya simpulkan beberapa fungsi emas yang mampu memainkan peranan penting kepada golongan di bawah;

  • Anak — Emas berfungsi sebagai Tabungan Pendidikan mereka di masa mendatang. Ketika ini pun Yuran Pengajian juga memerlukan kos yang tinggi. Bayangkan selepas 10 tahun nanti. Jika perlu, hanya cairkan bagi menampung kos.

Student di Peringkat IPTA/IPTS — Emas berfungsi sebagai tabungan masa depan untuk dijadikan hantaran kahwin, pembelian rumah, pembiayaan semula PTPTN (jika ada membuat loan sebelum ini) dan modal permulaan perniagaan buat yang berhajat.

Ibu Bapa — Emas berfungsi sebagai insuran kecemasan. Sekiranya berlaku kemalangan seperti rumah terbakar, ibubapa atau anak sakit, kereta rosak dan sewaktu dengannya. Mereka boleh gunakan emas sebagai back up dalam kehidupan. Pajak atau jual Emas untuk menampung keperluan disaat kecemasan.

Usia Emas — Emas berfungsi sebagai tabungan untuk menunaikan haji/umrah. Atau pertukaran aset seperti tanah dan juga rumah.

Usahawan — Emas berfungsi sebagai dana kewangan untuk rolling bisnes Anda.

Umum — Emas boleh dijadikan sebagai pengikat kasih / hadiah kepada mereka yang tersayang.

Pada masa yang sama, ingin sekali saya kongsikan kepada anda 3 tips bagaimana untuk anda menjana emas melalui emas yang merupakan kaedah yang saya gunakan selama ini untuk mempercepatkan proses pengembangan kuantiti emas sedia ada.

Namun, ingin sekali saya tegaskan bahawa anda ‘WAJIB‘ mempunyai ilmu pelaburan emas terlebih dahulu kerana jika anda tersilap langkah, pasti memberikan impak yang tidak sihat kepada pelaburan anda tersebut.

Jangankan ingin untung secupak. Di hujungnya anda rugi segantang … !!

3 tips perkongsian tersebut adalah;

1. Jual Beli Emas

Salah satu caranya adalah dengan anda membuat urusan jual beli emas. Selalunya mereka ini terdiri dari para Dealer Emas melalui pelbagai syarikat pengeluar emas. Anda perlu tahu akan ‘skill’ bagaimana menarik perhatian prospek anda bagi tujuan pembelian emas ini samada melalui perbicaraan, artikel, perkongsian ilmu secara direct or indirect dan tidak terkecuali melalui sosial media.

2. Pajakan Emas di ArRahnu

Kaedah ini dilakukan dengan memajakkan emas yang ada di tangan dan wang yang diterima itu sepenuhnya digunakan untuk membeli emas tambahan. Sebelum anda mulakan kaedah ini, pastikan anda mengetahui teknik manipulasi ArRahnu.

Ingat, terlalu ramai yang kecundang dan akhirnya emas yang dipajakkan itu tergadai sepenuhnya. Jangan sesekali menjadi mangsa dan pastikan ada ‘berguru’ melalui mereka yang pakar dalam soal ini.

Maklumat mengenai ArRahni ini boleh anda lihat melalui artikel saya sebelum ini ‘Di Sini‘.

3. Beli Emas Semasa Harga Rendah

Umum mengetahui bahawa harga emas itu ada pasang surutnya. Sampai suatu masa, apabila nilai emasnya tinggi, anda perlu jual serta merta dan pastikan anda disiplin kan diri agar tidak sesekali menggunakan wang itu untuk tujuan yang tidak perlu.

Menggunakan wang hasil jualan emas tersebut, anda beli semula emas tatkala harga semasanya sedang jatuh / rendah. Dari situ anda akan lihat nilai gram emas yang anda beli kini melebihi nilai gram yang anda jual sebelum ini.

Semoga artikel ini membantu anda semua. Strategi yang tepat adalah perlu agar tidak terperangkap / tersalah langkah. Saya doakan anda semua kaya dan bahagia buat di dunia mahupun di akhirat.

Allahumma Ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s