Al Kisah – Wang Kertas

Ada yang bertanya kepada saya;
“Adakah rugi jika menyimpan dalam bentuk wang kertas?”

Sebenarnya, tidak salah sama sekali menyimpan dalam bentuk wang kertas ini cuma ianya tidak sesuai untuk jangka masa panjang atas sebab kelemahannya dalam menyimpan nilai.

Pada saya, wang kertas ini hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja. Katakan anda kini mempunyai wang simpanan sebanyak RM10K di dalam bank hari ini, adakah anda yakin nilai yang sama pada 10 tahun mendatang?

Barangkali atas faktor kelemahan matawang serta kadar infalsi yang mencengkam membuatkan nilainya menjadi separuh atau lebih. Benar, angkanya masih sama tetapi nilainya semakin mengecil.

Saya amat menggalakkan para pelanggan saya untuk berusaha menyimpan wang kertas ini cukup sekadar mampu menampung sehingga 6 bulan gaji sebagai persediaan di kala terdesak / kecemasan. Jika mampu menyimpan untuk 1 tahun gaji, maka itu adalah bonus berganda buat anda dalam mempertahankan diri dan keluarga sebagai persediaan di masa sukar.

Selebihnya, simpanlah dalam bentuk aset fizikal yang mampu menjana mahupun menyimpan nilai buat jangka masa panjang seperti emas, perak, tanah mahupun hartanah.

Percayalah,
Saya telah merasai kedua-dua kaedah simpanan ini dan Alhamdulillah, logam mulia emas dan perak masih belum pernah mengecewakan saya !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s