Simpan Emas Sebagai Tabungan Menunaikan Haji dan Umrah

Alhamdulillah sebut sahaja Tanah Suci Mekah terbayang Kaabah yang Indah di depan mata. Terimbas kembali kenangan manis di Rumah Allah ini pada Feb 2020 lalu yang pastinya tidak mampu memori unik ini melangkah pergi.

Saban waktu hati sering berharap agar kembali menjadi Tetamu Allah di bumi bertuah kelahiran Rasullullah SAW.

Bagaimana dengan Anda?
Sudahkah memasang niat ingin ke sana? Dan, apakah persediaan dari segi kerohanian juga kewangan telahpun dilengkapi atau masih berusaha ke arah itu?

Dari segi kewangan, ingin sekali saya kongsikan sedikit tips agar dapat kita mempercepatkan simpanan untuk ke Tanah Suci ini. In Shaa Allah pada masa yang sama saya doakan semoga Anda yang sedang membaca perkongsian ini menjadi Tetamu Allah di suatu hati nanti. Allahumma Ameen

Baiklah, tahukah Anda bahawa kos menunaikan Ibadah Haji dan Umrah meningkat saban tahun? Alhamdulillah buat masa ini para jemaah masih diberikan subsidi agar kos semasanya sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Persoalannya;

  • Berapakah harga sewaktu kita sendiri yang akan berangkat ke sana? Difahamkan tempoh menunggu lebih 40 tahun bagi yang register tempat sekarang. Masih adakah lagi subsidi yang diberikan pada ketika itu nanti?
  • Bagaimana pula yang telah memasang niat untuk menunaikan Umrah? Harga package sekarangpun sudah meningkat tinggi lebih-lebih lagi setelah matawang kita merundum dengan drastik
  • Wang perbelanjaan peribadi pula? Mengikut pengalaman saya sendiri, walaupun semuanya ditanggung melalui package yang telah dibayar, Matawang Saudi Riyal harus ditangan Anda juga untuk sebarang perbelanjaan di sana. Malah, matawang Saudi Riyal lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia

Semuanya ini pasti anda dapat merealisasikannya jika anda menyimpan logam mulia bernama Emas !

Sekiranya anda mempunyai 10 Dinar Emas (42.5g) pada ketika ini, yakin lah bahawa hanya dengan terus menyimpannya tanpa menjual, pasti aset ini ‘ready’ untuk dicairkan bagi menampung kos perbelanjaannya nanti.

Wang Fiat hanya bergantung pada nilai yang tercetak di atasnya dengan risiko kehilangan kuasa belian ke atasnya. Manakala Emas pula bersandar kepada berapa beratnya (gram) yang mana nilainya semakin meningkat juga kalis inflasi sepenuhnya.

Membeli secara terus 10 Dinar Emas berkemungkinan membebankan berdasarkan kepada kemampuan diri namun, setiap permasalahan pasti akan adanya langkah penyelesaian.

Jangan putus harap dan teruskan berdoa mohon dipermudahkan oleh Yang Maha Pemberi untuk menjadi tetamuNya dan mulakanlah menabung Emas sedikit demi sedikit kerana di masa mendatang hasilnya pasti menggunung juga.

Selamat mencuba…. 😊

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s