Ilmu Tanpa Sempadan

Alhamdulillah,
Sejak menceburkan diri sepenuh masa menyumbang pelbagai ilmu berkaitan emas dan perak, terlalu banyak info yang saya miliki, teman-teman baru juga pelbagai pertanyaan secara 2 hala.

Ilmu yang bermanfaat wajib di kongsikan agar kita bersama mendapat manfaatnya. Semakin banyak pertanyaan juga perkongsian ilmu, pasti menajamkan lagi pengetahuan sedia ada.

Apa yang saya dapati kebanyakkan ‘New Prospect’ masih bersifat ragu mengubah wang mereka ke dalam bentuk Emas adalah kerana;

  • Kurangnya pendedahan mengenai ilmu emas dan perak sebelum ini
  • Ketakutan atas sebab pernah ditipu melalui Skim ‘Cepat Kaya’ yang berkonsepkan emas
  • Pernah mendengar keluh kesah Iisan di luar sana yang mengalami kerugian besar atas pelaburan emas
  • Mindset mereka masih berpegang kepada Emas harus dibeli yang mana dapat menyusutkan perbelanjaaan walhal kekayaan mereka tidak sesekali hilang dan hanya berubah bentuk dari wang kertas kepada Emas
  • Memikirkan bakal penyimpan emas wajib mempunyai modal yang besar sebelum memulakan langkah pertamanya menyimpan Emas
  • Kekhuatiran akan menyusutnya harta kerana kewajipan zakat yang perlu di keluarkan setelah cukup haul dan nisab … astagfirullah

Hilangkan keraguan dan mulakan tindakan walau hanya semampu yang ada. Walaupun keuntungan emas dan perak mengambil waktu yang panjang, percayalah ianya tidak sesekali mengecewakan.

Pada masa yang sama, teruskan berjuang menimba ilmu emas dan perak ini demi masa hadapan yang cemerlang. In Shaa Allah

Remember, ” First Action = First Result !”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s