Jangan takut menyimpan emas tetapi takutlah jika tiada simpanan emas. Ramai antara kita ingin membeli emas berfikir sampai berkali-kali lamanya. Mengalahkan tempoh persetujuan usul yang dibentangkan di dewan rakyat …. 😊
Peliknya, jika sesuatu objek menarik lebih-lebih lagi viral di alam maya, tidak perlu berfikir lama malah berusaha menjadi manusia pertama memilikinya !
Itulah diri kita, kalah dengan kehendak yang kita anggap ianya satu keperluan. Kita selalu tersedar komitmen kita meningkat bila duit kita mulai kurang di bank dan tatkala poket mulai kering-kontang.
Mengapa harus kita sedar selepas kita berbelanja tanpa sempadan?
Bukankah lebih baik jika kita sedari lebih awal sebelum kita membina satu-satu komitmen itu?
Duit yang kita simpan boleh habis. Itu sebenarnya fitrah manusia. Apabila ada duit kita selalu mahu gunakannya. Habiskan duit adalah misi utama kita kerana kita tahu wang kertas diciptakan khusus penggunaannya untuk berbelanja.
Berbeza pula semasa kita menyimpan emas. Misi utama kita bukan menghabiskan tetapi lebih kepada simpanan. Maka benar lah dikatakan Emas itu sebagai lambang magnet kekayaan.
Jangan terus bertangguh !
.