Kenali Hawa Nafsu

Sifat ADA adalah sebenarnya sifat Allah. Sifat ADA itu ESA, hanya Allah sahaja yang layak bersifat dengan sifat ADA. Selain daripada Allah sebenarnya bersifat dengan sifat tidak ada atau tiada. Untuk memperkenalkan diriNya, Allah telah tajalli atau zahirkan sifat adaNya. Apabila Allah zahirkan sifat adaNya, sifat ada itu tetap menjadi milik Allah juga dan tidak … Continue reading Kenali Hawa Nafsu

Jalan Pencarian Tuhan

Para penguasa / pemimpin / sultan / pemerintah / raja di waktu silam sentiasa merujuk kepada Guru Rohani mereka. Sepertimana Sultan Muhammad al-Fateh yang sentiasa merujuk Sheikh Aaq Syamsuddin, sepertimana Sultan Zainal Abidin III merujuk Tokku Paloh dan ramai lagi. Mereka tidak membuat keputusan terburu-buru sebaliknya akan merujuk dahulu kepada guru rohani mereka. Seorang pemimpin … Continue reading Jalan Pencarian Tuhan

Mengenali Maqam Diri

Pada diri peribadi setiap manusia terdapat 'tempat' yang disebut 'MAQAM DIRI'. Tempat ini sangat penting untuk diketahui dan difahami kerana apabila sebuah maqam tersebut tidak pernah kita kunjungi atau tidak pernah kita perdulikan sama sekali maka bencanalah yang akan melanda diri baik di dunia mahupun di akhirat. Ada waktu, kita menziarahi maqam kuburan mereka yang … Continue reading Mengenali Maqam Diri

Sempurna

Sempurna ialah kecukupan perasaan sendiri berserta keinginan untuk menjadi lebih baik. Apabila kita berusaha menjadi sempurna di mata Allah SWT, pasti kita tidak akan sesekali kecewa. Ianya terbahagi kepada 4 jenis iaitu; FizikalFikiranEmosiSpritual / Rohani 5 langkah menuju ke sempurnaan adalah; Mengetahui apakah tujuan hidup kitaMenjalankan semua amanah dan perananMengawal emosiMemberi dan membahagiakan orang lainLakukan … Continue reading Sempurna

Bahana Fitnah

"Habib... Maafkanlah saya yang telah memfitnah Habib dan ajarkan saya sesuatu yang boleh menghapuskan kesalahan saya ini.” Aku berusaha menjaga lisanku agar tidak ingin sedikitpun menyebarkan kebohongan dan menyinggung perasaan Habib lagi, detik kata hatiku. Habib Umar tersenyum; “Apa kau serius?” katanya. Aku menganggukkan kepalaku dengan penuh keyakinan; “Saya serius, Habib. Saya benar-benar ingin menebus … Continue reading Bahana Fitnah

Kayu Cendana

"Jadilah bak kayu cendana yang menebarkan keharuman ke seluruh udara. Mereka yang menyentuhnya turut menjadi harum. Bahkan ketika dipotong pun, kayu cendana memberi wangi pada pisau yang membelahnya!" Inilah makna integriti kekukuhan jiwa, dan ketulusan hati dalam menghadapi berbagai persoalan. Masih anda ingat kisah dua anak Adam yang bertengkar? Al Qur'an menceritakan ketika Qabil hendak … Continue reading Kayu Cendana

Saudi Arabia – Pengalaman Mendewasakan Pemikiran

Alhamdulillah.Diam tak diam pada hari ini, 30 September 2020 maka genap lah selama 5 tahun diriku bertugas di Saudi Arabia bumi bertuah. Terlalu banyak memori indah untuk dikenang sebagai pembakar semangat untuk terus maju ke hadapan. Tugasan di Saudi ini merupakan negara ke-8 daku bertugas sepanjang menceburkan diri di dalam dunia Oil and Gas. Antara … Continue reading Saudi Arabia – Pengalaman Mendewasakan Pemikiran

Syair Makrifat

Jikalau diibarat sebiji kelapa,Kulit dan isi tiada serupa,Janganlah kita bersalah sapa,Tetapi beza tiadalah berapa. Sebiji kelapa ibarat sama,Lafaznya empat suatu makna,Di situlah banyak orang terkena,Kerana pendapat kurang sempurna. Kulit itu ibarat Syariat,Tempurungnya itu ibarat Tariqat,Isinya itu ibarat Haqiqat,Minyaknya itu ibarat Makrifat. Shaykh Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri

Renungan Buat Hatimu

Secara logiknya, setiap bibir manusia baik di atas mahupun di bawah akan secara automatis nya bergerak tatkala kita berbicara. Namun,Tidak sesekali di saat kita membasahi lidah pada kalimah agung "Lailaha illallah". Sungguh,Allah Maha Pengasih kepada hamba-nya! Manakan tidak, tatkala diri terkulai lalu di atas pembaringan akibat keuzuran mahupun menunggu waktu sebelum ajal menjelma, kasih dan … Continue reading Renungan Buat Hatimu

Sentuhan Kisah

Suatu ketika, syaitan telah memasuki ke dalam hati salah seorang daripada murid Al Junaid Al Baghdadi dan telah membisikkan bahawa murid itu telah mencapai kesempurnaan dan tidak perlu lagi menuntut dengan Aulia Allah tersebut. Maka dari itu, murid tersebut telahpun memencilkan dirinya. Berkata murid itu pada suatu hari bahawa dia telah dikunjungi oleh malaikat setiap … Continue reading Sentuhan Kisah