DINAR – Sebagai Peringatan Buat Diriku

Jika dilihat pada suku kata Dinar; ianya merujuk kepada perkataan DIN dan NAR.

AD-DIN bermaksud agama atau cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah SWT yang mencakupi kekuasaan Allah yang mutlak, penyerahan lahir dan batin kepadanya, iman dan amalan di bawah pengawasannya serta ganjaran baik dan buruk.

Di dalam dunia ini terdapat banyak agama tetapi hanya satu agama sahaja yang dipanggil ad-Din iaitu agama Islam.

Manakala Neraka dalam Bahasa Arab pula disebut AN-NAR, secara bahasa berarti “api”. Lafas an-naar banyak sekali disebutkan di dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang berarti api neraka.

Justeru itu, melalui Dinar khususnya EMAS itu sendiri sebetulnya mampu membuatkan pemiliknya dikurniakan Allah keistimewaan di Syurga atau sebaliknya, menjerumuskan mereka ke dalam neraka jika tidak diuruskan harta berupa Emas itu sebaik yang mungkin.

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

زُيِّنَ لِلنَّا سِ حُبُّ الشَّهَوٰتِ مِنَ النِّسَآءِ وَا لْبَـنِيْنَ وَا لْقَنَا طِيْرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَا لْفِضَّةِ وَا لْخَـيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَا لْاَ نْعَا مِ وَا لْحَـرْثِ ۗ ذٰلِكَ مَتَا عُ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا ۚ وَا للّٰهُ عِنْدَهٗ حُسْنُ الْمَاٰ بِ

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (QS. Ali ‘Imran 3: Ayat 14)

Semoga kita tetap di dalam pemeliharaan-Nya. Allahumma Ameen

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s