Ada yang berhutang, akhirnya derita dan sengsara di kemudian hari.Ada yang berhutang, akhirnya mendapat keuntungan di kemudian hari.Ada yang tidak mahu berhutang agar boleh tidur lena di malam hari. Alhamdulillah Hendak berhutang atau tidak, ia merupakan pilihan hidup kita yang menentukan. Tiada siapa yang akan memaksa kita untuk berhutang atau tidak. Namun, jikalau sudah berhutang, … Continue reading Bebaskan Diri Dari Cengkaman Hutang !
Author: Muhammad Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
Pantun Tok Kenali
Bismillah itu mula disebut,Rahman dan Rahim sifat mengikut,Dunialah akhirat nyatalah luput,Jalan hakikat pula diturut. Alhamdulillah pujinya Insan,Robbil Alamin sifatnya Tuhan,Selawat Nabi akhir zaman,Muhammad Amin Abi Burahman. Jalan yang takzim pula dikata,Atas Nabi Junjungan kita,Sahabat empat nyatalah serta,Tiada berhenti sekejap masa. Jalan hakikat sangat terbilang,Tiada binasa urat dan tulang,Daging dan darah tiada hilang,Maka sifat itu dibawa … Continue reading Pantun Tok Kenali
Pandangan Mata Hati
Kata Imam Al Ghazali; "Sesiapa yang kuat pandangan mata hatinya, maka keadaannya akan menjadi seimbang, di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah SWT. Dia tidak lagi mengenal selain daripada Allah SWT (tidak fokus kepada yang lain-ini hal fana'). Maka, ketika itu dia mengetahui (bukan dengan pengetahuan akal semata-mata, tapi dengan penghayatan) bahawa tiada … Continue reading Pandangan Mata Hati
Forgotten Saving – Simpanan untuk Dilupakan
Pepatah mengatakan 'simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit', namun realiti yang berlaku masa kini ialah, 'simpan sikit-sikit, lama-lama masih sedikit'. Ini adalah salah satu 'penyakit' kewangan, simpan sikit-sikit, sekali 'bocor' jumlahnya amatlah banyak. Kerana itu guru-guru kewangan menyarankan, setiap kita wajib mempunyai simpanan yang dinamakan "simpanan untuk dilupakan". Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil sebagai 'forgotten saving'. … Continue reading Forgotten Saving – Simpanan untuk Dilupakan
Nasihat Dari Ibrahim Bin Adham
Ibrahim bin Adham berkata; Telah datang kepadaku beberapa orang tamu dan saya tahu mereka itu adalah seorang ulama sufi. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah SWT. Lalu mereka berkata; "Kami mewasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu; Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan kesedaran … Continue reading Nasihat Dari Ibrahim Bin Adham
Makna Kemerdekaan Dan Kebebasan Menurut Ahli Tasawwuf
Kemerdekaan atau kebebasan menjadi salah satu perhatian Para Sufi. Perhatian mereka terhadap persoalan kebebasan nampak jelas dalam setiap pernyataan mereka yang menyebut dengan jelas bahasa kebebasan dengan kata al-hurrîyah (kebebasan). Bahkan di antara mereka ada yang membincangkan secara khusus mengenai kebebasan (al-hurrîyah) seperti al-Qushayrî melalui kitab al-Risâlah al-Qushayrîyah yang menulis topik khusus mengenai kebebasan (al-hurrîyah), … Continue reading Makna Kemerdekaan Dan Kebebasan Menurut Ahli Tasawwuf
Peringatan Buat Diriku !
Tanpa agama manusia binasa,Tanpa ilmu manusia buta,Tanpa iman manusia sengsara,Tanpa ukhuwah manusia terseksa. Ada agama datangnya pelita,Ada ilmu datangnya harta,Ada harta datangnya derma,Ada ukhuwah datangnya saudara. Agama Tuhan dapat membina,Pekerti tinggi budi mulia,Seluruh dunia negara dan bangsa,Aman sentosa damai bahagia. Agama Islam agama yang suci,Mari bersama kita hayati,Untuk mendapat keredhaan Ilahi,Mudah-mudahan kita diberkati. Tiada Tuhan … Continue reading Peringatan Buat Diriku !
Konafa – Pastri Unik Dari Timur Tengah
Jika anda ke Timur Tengah terutamanya Arab Saudi rasanya tidak akan lengkap sekiranya anda tidak merasai keenakan manisan unik yang sangat istimewa yang mengandungi krim serta ditaburi kacang pistachio di atasnya! Manisan ini sering di hidangkan sewaktu musim perayaan ataupun di sesebuah majlis khas dan merupakan tradisi sekian lama oleh masyarakat di sini. Pelbagai nama diberi antaranya … Continue reading Konafa – Pastri Unik Dari Timur Tengah
Syair Rumi – Keagungan Cinta
Lewat cintalah semua yang pahit akan menjadi manis,Lewat cintalah semua yang tembaga akan menjadi emas.Lewat cintalah semua endapan akan menjadi anggur murni; Lewat cintalah semua kesedihan akan menjadi ubat.Lewat cintalah si mati akan menjadi hidup,Lewat cintalah raja menjadi budak ! Rumi menyebutkan bahawa yang pertama diciptakan Tuhan adalah cinta, dari sinilah Rumi menganggap cinta sebagai … Continue reading Syair Rumi – Keagungan Cinta
Syair Rumi – Kerana Cinta
Kerana cinta cuka menjelma menjadi anggur segarKerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawarKerana cinta kemalangan menjelma keberuntunganKerana cinta rumah penjara nampak bagaikan kedai mawar Kerana cinta tumpukan debu kelihatan seperti temanKerana cinta api yang berkobar-kobar menjadi cahaya yang menyenangkanKerana cinta syaitan berubah menjadi bidadariKerana cinta batu yang keras menjadi lembut bagaikan mentega Kerana cinta duka menjadi … Continue reading Syair Rumi – Kerana Cinta
