Ada yang berhutang, akhirnya derita dan sengsara di kemudian hari.
Ada yang berhutang, akhirnya mendapat keuntungan di kemudian hari.
Ada yang tidak mahu berhutang agar boleh tidur lena di malam hari. Alhamdulillah
Hendak berhutang atau tidak, ia merupakan pilihan hidup kita yang menentukan. Tiada siapa yang akan memaksa kita untuk berhutang atau tidak.
Namun, jikalau sudah berhutang, pastikan ada niat untuk membayar hutang tersebut dan kemudian berusaha untuk membayar secepatnya.
Perlu adanya perasaan serta kesedaran dari si penerima hutang bahawa atas niat murni si pemberi hutang itu pada awalnya diakhiri dengan menanggung derita berpanjangan.
Teguhkan ikatan ukhwah dan jangan bertangguh kerana impaknya amatlah besar.
Barangkali ajal menjemput tiba sebelum urusan dunia diselesaikan yang mana, mampu membuatkan si penerima hutang menjadi muflis setelah tiba masanya bertemu Sang Pencipta.
Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang harinya !