Pandangan Mata Hati

Kata Imam Al Ghazali;

“Sesiapa yang kuat pandangan mata hatinya, maka keadaannya akan menjadi seimbang, di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah SWT.

Dia tidak lagi mengenal selain daripada Allah SWT (tidak fokus kepada yang lain-ini hal fana’). Maka, ketika itu dia mengetahui (bukan dengan pengetahuan akal semata-mata, tapi dengan penghayatan) bahawa tiada yang wujud kecuali Allah SWT.

(Dia mengetahui) perbuatan dirinya merupakan kesan daripada kekuasanNya, yang mana ianya wujud daripadaNya. Maka, tiada wujud bagi perbuatan-perbuatannya kalau tanpaNya.

Sesungguhnya wujud itu milik Allah SWT semata-mata, yang mana denganNyalah, sekalian makhluk itu wujud.

Sesiapa yang dalam keadaan ini, tidak akan melihat satupun perbuatan, melainkan dia melihat Pembuatnya Yang Hakiki (iaitu Allah SWT).”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s