Benar,
Harga semasa emas dan perak dunia itu tidak menentu malah, adakala sukar meramalkan apakah kondisi harga di waktu hadapan.
Apa yang pasti, keuntungan logam mulia ini lebih ke arah jangkamasa panjang. Kerana itu buat mereka yang inginkan keuntungan pada kadar yang segera, lebih baik beralih kepada medium pelaburan yang selainnya.
Namun begitu, pada waktu mendesak samada isu peribadi atau sebarang musibah (termasuk kejatuhan matawang dan inflasi), logam mulia ini mampu setidaknya menyelamatkan kekayaan kita dari kehancuran walau apa jua bentuknya sekalipun.
Sementara itu, kekayaan bukan hanya bersifat duniawi semata-mata. Jika kita memahami konsep sebenar bahawa ‘Kaya Itu Mulia‘, MasyaAllah, tidak mampu saya ungkap dengan kata-kata betapa besarnya kebahagian yang akan kita miliki ketika itu.
Keuntungan Lumayan = Zakat Emas Meningkat = Membantu Lebih Ramai Asnaf Yang Memerlukan = Dilimpahi Rezeki Yang Lebih Oleh Yang Maha Esa Kepada Pembayar Zakat
MasyaAllah.
Sangatlah hebat!
Pasangkan impian dan yakini lah kita juga mampu mengumpul bekalan sebanyak mungkin sebelum mata tertutup rapat dan di akhiri dengan telinga yang hilang deria pendengaran buat selama-lamanya.
Semoga anda yang membaca posting ini kaya dan berjaya buat di dunia mahupun di akhirat kelak. Allahumma Ameen
One thought on “Antara Kelebihan Logam Mulia”