Kegagalan Adalah Guru Terbaik Merealisasikan Impian

Salam sejahtera buat semua sahabat Teratak Emas sekalian.

Pernah saya ditanya oleh para pelanggan bagaimananya saya bermula sebagai Dealer Public Gold International dan resepi kejayaan sehingga kini.

Sebelum itu, saya merupakan salah seorang pekerja di lapangan perminyakan dan gas di sebuah syarikat gergasi dunia yang berpangkalan di USA. Sehingga artikel ini ditulis, saya telah berkhidmat selama hampir 19 tahun di lapangan ini dan telah bekerja di beberapa buah negara terutamanya di East Asia dan kini, ditempatkan di bumi bertuah Saudi Arabia.

Untuk pengetahuan anda, saya bermula sebagai penyimpan Emas sejak dari tahun 2012 yang mana ketika itu telah terbukanya minda saya apabila melihat keupayaan emas sebagai medium pelaburan terbaik dan juga sebagai langkah hebat demi mengelakkan sifat boros yang keterlaluan terutamanya pada waktu menerima wang gajian. Sepanjang karier di perusahaan ini sebelumnya itu membutakan mata juga memekakkan telinga saya untuk berusaha menyimpan demi mencapai Financial Freedom di masa hadapan.

Apa yang mengujakan hasrat malah di asak dengan keinginan berlandaskan nafsu semata-mata bukanlah menjadi halangan kerana wang ringgit terbentang luas dengan penuh kemewahan. Pendek kata, apa sahaja yang saya hajatkan, pasti akan dapat saya perolehi secepatnya (semoga Allah memaafkan saya).

Pada awalnya saya membuat pembelian Gold Bar hanya di kedai emas ternama kerana keyakinan akan ketulenan juga branding syarikat tersebut memandangkan terlalu banyak penipuan di luar sana lebih-lebih lagi apabila perkataan berkaitan pelaburan di ketengahkan.

Sehinggalah saya menyedari pada pertengahan tahun 2015 bahawa kerugian yang sangat besar telah saya lakukan selama ini yang mana harga yang ditawarkan kedai emas ini terlalu mahal kerana ianya mengikut harga yang ditetapkan oleh Persatuan Peniaga Emas Malaysia!

Lebih parah, ketika GST dilancarkan pada April 2015 membuatkan harga setiap belian mahupun jualan emas dan perak dikenakan GST kerana produk tersebut tidak mempunyai pengiktirafan LBMA serta tidak tergolong di dalam Investment Prescious Metal (IPM).

Namun begitu, saya teramat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk membuat sedikit kajian peribadi agar tidak terus mengalami kerugian yang berterusan. Yang pasti, pembelian di kedai emas TERNAMA bukanlah menjanjikan produk dengan harga dan kualiti terbaik.

Sewaktu mengenal Public Gold International (setelah menyelidiki dari pelbagai sumber), saya tidak mengambil masa yang lama dengan mengambil peluang mendapatkan status Normal Dealer demi untuk kegunaan peribadi sehinggalah terlintas difikiran untuk membimbing insan-insan di luar sana agar celik akan kepentingan memiliki logam mulia tanpa merasai kesilapan yang telah saya hadapi sebelum ini.

Mendapatkan ilmu emas dan perak jujurnya adalah sangat terhad malah ada juga syarikat yang mengenakan bayaran kepada mereka yang menginginkannya. Secara tidak langsung, terdetik juga hati untuk saya usahakan sebaik mungkin menimba seberapa banyak ilmu berkaitan Logam Mulia ini agar dapat saya perturunkan kepada mereka yang berminat secara PERCUMA sebagai bekalan saya di penghujung hari nanti.

Alhamdulillah berkat kurniaannya, para insan yang telah dibimbing sehingga kini (termasuk yang telahpun menjadi pelanggan di bawah Hailmy Wealth Management & Trading) merangkaui pelbagai lapisan masyarakat dari negara Malaysia, Indonesia,  Brunei, Philippine, Saudi Arabia, Tunisia dan India.

Tidak berhenti di situ, saya turut mempunyai rangkaian Dealer di bawah saya yang bergerak aktif menyumbang usaha dalam mendidik masyarakat akan kebaikan menyimpan logam mulia ini (semoga terus dipermudahkan Allah).

Menjawap persoalan mengenai resepi kejayaan saya hanyalah;

  • Sentiasa bersifat Positive
  • Fokus … Fokus dan FOKUS … !

Yakinlah bahawa kalian kini berada di platform terbaik dunia melalui Public Gold International. Penuh dengan jaminan, tiadanya kegusaran dan ayuh hindarilah sebarang keraguan. Mulakan langkah pertama kalian hari ini walaupun kemampuan hanya sekadar RM100 per bulan.

InsyaAllah akan kalian tersenyum BANGGA melihat hasilnya di kemudian hari nanti.

Terkenang saya apabila melihat gambar ini kerana diketika itulah secara rasminya saya menjadi Authorized Dealer Public Gold International dan terus mengorak langkah yang gemilang tanpa lagi menoleh k ebelakang dalam misi melebarkan ‘Empayar Emas’ yang saya miliki.

Mohon doa dan sokongan anda untuk saya terut kuat dalam merealisasikan impian yang semakin mekar sejak sekian lama. Allahumma Ameen.

Remember, Guard Your Wealth With Stable Investment through Physical Gold & Silver … !!

940852_412531672204680_5653792664080422117_n

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s