Jikalau diibarat sebiji kelapa,Kulit dan isi tiada serupa,Janganlah kita bersalah sapa,Tetapi beza tiadalah berapa. Sebiji kelapa ibarat sama,Lafaznya empat suatu makna,Di situlah banyak orang terkena,Kerana pendapat kurang sempurna. Kulit itu ibarat Syariat,Tempurungnya itu ibarat Tariqat,Isinya itu ibarat Haqiqat,Minyaknya itu ibarat Makrifat. Shaykh Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri
Day: September 28, 2020
Renungan Buat Hatimu
Secara logiknya, setiap bibir manusia baik di atas mahupun di bawah akan secara automatis nya bergerak tatkala kita berbicara. Namun,Tidak sesekali di saat kita membasahi lidah pada kalimah agung "Lailaha illallah". Sungguh,Allah Maha Pengasih kepada hamba-nya! Manakan tidak, tatkala diri terkulai lalu di atas pembaringan akibat keuzuran mahupun menunggu waktu sebelum ajal menjelma, kasih dan … Continue reading Renungan Buat Hatimu
Sentuhan Kisah
Suatu ketika, syaitan telah memasuki ke dalam hati salah seorang daripada murid Al Junaid Al Baghdadi dan telah membisikkan bahawa murid itu telah mencapai kesempurnaan dan tidak perlu lagi menuntut dengan Aulia Allah tersebut. Maka dari itu, murid tersebut telahpun memencilkan dirinya. Berkata murid itu pada suatu hari bahawa dia telah dikunjungi oleh malaikat setiap … Continue reading Sentuhan Kisah