Kuasailah nafsumu !Jika tidak, maka ia yang akan menguasaimu. Nafsu selalu mengajak kepada kejahatan dalam soal dunia dan akhirat. Jauhilah orang-orang yang menjauhkan kamu dari Allah, seperti kamu menjauhi binatang buas. Berbuatlah sesuatu untuk Allah !Sesungguhnya orang yang berbuat sesuatu untuk Allah itu akan beruntung. Barang siapa yang mencintai Allah, maka Dia akan mencintainya. Dan … Continue reading Kuasailah Nafsumu !
Month: August 2020
Hajar Aswad
Antara keutamaan Hajarul Aswad adalah kerana ia berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar diletakkan di satu sudut Kaabah. Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu keluar dan memberikan kepada baginda. Menurut cerita, … Continue reading Hajar Aswad
Bagaimana Memilih Emas Yang Berkualiti?
Semua mengakui emas sebagai logam yang sangat berharga dan bernilai tinggi. Pastinya setiap orang memiliki hasrat untuk mendapatkan emas ini samada untuk koleksi mahupun sebagai pelaburan yang berjangka. Harus diingat, masih terdapat penjual yang mengambil kesempatan di luar sana di atas kealpaan kita. Justeru itu, ilmu memainkan faktor terhebat. Persoalannya, bagaimana mendapatkan produk emas yang … Continue reading Bagaimana Memilih Emas Yang Berkualiti?
Usir Hawa Nafsu Dari Kalbumu
Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al Jilani; “Keluarkan dirimu dari nafsumu dan jauhilah ia! Lepaskan segala kepemilikanmu dan serahkan semua pada Allah. Jadilah gerbang di pintu kalbumu. Patuhilah segala perintahNya untuk memasukkan orang-orang yang memang diperintahkan dan diizinkan masuk. Patuhi pula segala laranganNya untuk mengusir orang-orang yang diperintahkanNya untuk engkau usir. Jauhi dari pintu kalbumu! Jangan … Continue reading Usir Hawa Nafsu Dari Kalbumu
Si ‘Pembaca Kitab’ dan Sufi
Syekh Junaid al-Baghdadi berkata; "Putuskan hubungan dirimu dengan si pembaca kitab, dan bergabunglah dengan orang-orang Sufi !" Syekh Bahauddin Naqshabandi di tanya siapa yang dimaksud ahli kitab dan siapa Sufi? Beliau menjawab;"Si pembaca adalah orang yang sibuk dengan kata-kata dan nama-nama, sedangkan Sufi adalah orang yang sibuk dengan inti dari nama-nama itu." Dan berpesan-pesan lah … Continue reading Si ‘Pembaca Kitab’ dan Sufi
Impian dan Matlamat Penyimpan Emas
Tidak semua penyimpan Emas mempunyai niat yang sama. Ada penyimpanan yang bersifat jangkamasa pendek juga sebaliknya manakala antara tujuan pemilikan yang di antaranya adalah; Mengatasi 'inflasi' berterusan ke atas matawang fiat yang akhirnya mengurangkan kuasa beliannyaSebagai aset mampu milik berbanding hartanah yang pastinya memerlukan modal besarKeuntungan di masa mendatangMengelakkan kebocoran wang atas sifat berbelanja yang … Continue reading Impian dan Matlamat Penyimpan Emas
Emas dan Perak – Kehebatan Yang Tersirat
Tidak dinafikan harga emas dan perak berubah setiap masa kecuali dagangan antarabangsa ditutup pada hujung minggu. Penurunan harga tidaklah boleh dianggap sebagai risiko besar kerana logam mulia ini merupakan pelaburan bersifat jangkamasa panjang yang mana ianya penyimpan nilai terbaik. Manakala wang fiat setinggi mana angka yang tersimpan pasti akan dimamah inflasi yang mencengkam. Itu belum … Continue reading Emas dan Perak – Kehebatan Yang Tersirat
Prinsip Mudah
MYR ⬇️ = Harga Emas ⬆️ Matawang adalah dibawah penguasaan pemerintah, sebaliknya emas bebas berdiri sendiri dan mengekalkan nilainya. Secara peribadi, saya bermula sebagai penyimpan emas pada tahun 2012. Sampai ketika nilai tukaran MYR berbanding 1 USD meningkat dari MYR 3.1 kepada MYR 3.4, hati saya semakin gundah gulana dan tanpa memikir panjang saya mengubahkan … Continue reading Prinsip Mudah
La Tahzan
Jangan Bersedih,Selagi mana urusan duniaMu, ianya bukan masalah yang besar ! Seorang lelaki yang sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayidina Ali bin Abi Tholib r.a, ia pun berkata;“Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu kerana aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.” Sayidina Ali menjawab;“Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !” Lelaki itu berkata;“Ya, … Continue reading La Tahzan
Mengapa Emas Menjadi Keutamaan Saya?
Umum mengetahui bahawa emas itu bernilai sepanjang zaman, bertindak sebagai insuran dari bencana kewangan, juga penyimpan nilai yang terbaik. Semakin banyak emas terkumpul, semakin banyak keuntungan yang dapat anda nikmati di masa hadapan. Pembelian emas cuma sekadar 'insuran' bukanlah bermakna kita mengharapkan duit kertas tidak laku. Umpamanya kita membeli insuran perubatan. Dikala musibah mendatang, sesiapa … Continue reading Mengapa Emas Menjadi Keutamaan Saya?
