Tidak semua penyimpan Emas mempunyai niat yang sama.
Ada penyimpanan yang bersifat jangkamasa pendek juga sebaliknya manakala antara tujuan pemilikan yang di antaranya adalah;
- Mengatasi ‘inflasi‘ berterusan ke atas matawang fiat yang akhirnya mengurangkan kuasa beliannya
- Sebagai aset mampu milik berbanding hartanah yang pastinya memerlukan modal besar
- Keuntungan di masa mendatang
- Mengelakkan kebocoran wang atas sifat berbelanja yang kronik
- Pendidikan buat anak-anak
- Perkahwinan
- Pengumpulan emas secara berkala untuk dicairkan pada masa tertentu untuk pembelian tanah atau rumah
- Umrah dan Haji
- Perhiasan diri bagi lelaki dan wanita
Biarpun apa matlamat dan impian sekalipun, saya tetap yakin bahawa logam mulia ini sangat bernilai sepanjang zaman, bertindak sebagai insuran kekayaan juga penyimpan nilai yang terbaik. Ameen
Pantun Emas
Duit disimpan setiap bulan,
Selalu habis kita belanjakan,
Otak ligat mencari jalan,
Bagaimana perbelanjaan boleh dijimatkan.
Pesanan dari zaman berzaman,
Simpanlah harta melalui emas,
Ilmu kewangan menjadi teman,
Boleh membantu di saat cemas.
Yang petak itu gold bar,
Yang bulat itu dinar,
Kalau memandang hati berdebar,
Kalau melihat mata bersinar.
Emas aset bernilai tinggi,
Boleh dibeli berdikit-dikit,
Kos sara hidup semakin tinggi,
Simpan sekarang nanti tak sakit.
Sejak dahulu tersebar berita,
Emas itu pelindung kekayaan,
Saya membantu sambil bercerita,
Agar bersama menuju kejayaan…. 😊❤️