Semua mengakui emas sebagai logam yang sangat berharga dan bernilai tinggi. Pastinya setiap orang memiliki hasrat untuk mendapatkan emas ini samada untuk koleksi mahupun sebagai pelaburan yang berjangka.
Harus diingat, masih terdapat penjual yang mengambil kesempatan di luar sana di atas kealpaan kita. Justeru itu, ilmu memainkan faktor terhebat.
Persoalannya, bagaimana mendapatkan produk emas yang berkualiti?
Lihatlah faktor-faktor di bawah sebagai aras panduan;
- Harga jualan semula
- Ketulenan
- Berat
- Susut nilai (spread)
- Mempunyai sijil ketulenan dari Assayer yang bertauliah
- Mesra Ar-Rahnu
- No ‘hidden cost’
- Mudah dicairkan serta pembelian balik yang tidak cerewet
Secara jujur emas adalah emas dan yang membezakannya hanyalah berat dan ketulenannya. Namun begitu, ianya tergantung kepada pembeli samada mahu mendapat pulangan yang besar atau sebaliknya.
Semoga info ini membantu … 😊