La Tahzan

Jangan Bersedih,
Selagi mana urusan duniaMu, ianya bukan masalah yang besar !

Seorang lelaki yang sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayidina Ali bin Abi Tholib r.a, ia pun berkata;
“Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu kerana aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.”

Sayidina Ali menjawab;
“Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !”

Lelaki itu berkata;
“Ya, tanyakanlah !”

Kata Ali bin Abi Tholib;
“Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?”

Jawabnya;
“Tentu tidak”

Tanya Ali bin Abi Tholib lagi;
“Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini ?”

Jawabnya;
“Tidak juga”

Lalu Sayidina Ali berkata;
“Lalu mengapa kau harus bersedih atas apa yang tidak kau bawa saat datang dan tidak mengikutimu saat kau pergi?”

“Seharusnya hal ini tidak membuatmu bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia. Jadikanlah pandanganmu ke langit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau pun akan mendapat apa yang kau inginkan.”

Tersenyum lah !

Kerana rezekiMu telah dibahagi dan disusun oleh Allah dan begitu juga urusan hidupmu. Urusan dunia tidak layak untuk membuatmu bersedih semacam ini kerana semuanya ada di tangan Yang Maha Hidup dan Maha Mengatur”.

Kemudian Sayidina Ali Bin Abi Tholib meneruskan ungkapannya;

“Seorang mukmin hidup dalam dua hal, iaitu kesulitan dan kemudahan. Keduanya adalah nikmat jika ia sedari.

Dibalik kemudahan pasti ada rasa syukur.
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

“Allah akan Memberi balasan kepada orang yang bersyukur.” (QS.Ali Imran: 144)

Dan dibalik kesulitan ada kesabaran.
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpan batas.” (QS.Az-Zumar: 10)

Bagi seorang mukmin, kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk menabung pahala dan hadiah dari Allah SWT. Lalu kenapa diri masih bersedih?

Jangan selalu mengeluh; “Owh masalahku begitu besar”

Tetapi katakan pada masalah itu; “Sungguh aku punya Allah yang Maha Besar !!”

Semoga menjadi pedoman untuk kita didalam mengharungi cabaran hidup di dunia ini. Hanya kepada Allah sahaja kita menyerahkan urusan hidup, bergantung harap dan memohon pertolongan.

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran. Selamat beramal dan beristiqomah.

Leave a comment