Cahaya di Sebalik Cahaya

Berjalanlah dirimu kepada Allah SWT dengan berpakaian syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarikat itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik.

Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ‘Ilmu Syariat’ dan ‘Ilmu Hakikat’ melainkan berilmu dan mengamalkan tarikat.

Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul.

Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Allah SWT sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan fana serta baqa ia dengan kekasihnya.

Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s