Akhlak Sayyidatina Fatimah Az-Zahra

Masya Allah.
Akhlak peribadi terpuji dari puteri Baginda Rasullullah SAW yang tercinta.


Tiba-tiba seorang tua muncul ketika Rasulullah sedang berkumpul bersama para sahabatnya di dalam masjid selepas usai mengerjakan solat jemaah.

Maka berkatalah orang tua itu; “Wahai, Rasulullah, saya sangat lapar. Tolonglah saya dan saya tidak punyai pakaian kecuali yang berada di badan sekarang. Berikanlah kepada saya ….”

Sebenarnya Rasulullah sangat dukacita menyaksikan keadaan orang tua itu. Wajahnya pucat, bibirnya membiru dan tangannya agak menggeletar memegang tongkatnya.

Cuma kebetulan Baginda sedang tidak punya apa-apa. Sudah habis diberikannya kepada orang lain; “Maaf, tidak ada yang dapat saya berikan saat ini. Tetapi jangan putus asa. Datanglah kepada anakku, Fatimah, mungkin ada sesuatu yang boleh diberikannya sebagai sedekah.”

Maka pergilah orang tua itu kepada Fatimah. Di depan rumahnya orang tua itu berseru’ “Wahai puteri Rasulullah. Aku lapar sekali dan tidak punya apa-apa. Aku datang kepada Rasullullah, tetapi Baginda sedang tidak punya apa-apa. Aku disuruhnya datang kepadamu. Mungkin engkau punya sedekah untukku?”

Fatimah kebingungan. Beliau tidak memiliki barang yang cukup berharga untuk disedekahkan.

Selaku keluarga Rasulullah beliau telah terbiasa menjalani hidup amat sederhana, jauh di bawah taraf kehidupan rakyat jelata.

Yang dianggapnya masih berharga cuma selembar kulit kambing yang biasa dipakai sebagai alas tidur Hasan dan Hussin. Jadi, itulah yang diambil dan diserahkannya kepada orang tua itu.

Orang tua itu lebih kebingungan daripada yang memberikannya. Dia sedang lapar dan tidak punya apa-apa. Mengapa kepadanya diserahkan selembar kulit kambing?

“Wahai Puteri Rasulullah. Apakah kulit kambing itu dapat mengenyangkan perutku dan dapat kupakai untuk menghangatkan badanku?” tanya orang tua itu.

Fatimah tidak dapat menjawab. Ia kembali masuk ke dalam rumahnya, mencari-cari benda lain yang boleh disedekahkan. ia bertanya-tanya; “Mengapa Ayahandaku mengirimkan orang ini kepadaku, padahal Ayahandaku tahu aku tidak berharta daripada Baginda?”

Sesudah termenung sejenak barulah ia teringat akan seuntai barang pemberian seseorang. Barang itu amat indah, namun beliau merasa kurang senang memakainya kerana beliau dikenali sebagai Puteri dari pemimpin umat. Barang itu adalah sebuah kalung emas.

Bersegera diambilnya benda itu dari dalam kotak simpanannya, lalu diserahkan kepada orang tua itu.

Orang itu terbeliak melihat benda yang kini digenggamnya. Begitu indah. Pasti amat mahal harganya. Dengan sukacita orang itu pergi menemui Rasulullah kembali di masjid.

Diperlihatkannya kepada beliau kalung emas pemberian Fatimah.

Rasulullah hanya berdoa; “Semoga Allah membalas keikhlasannya.”

Salah satu sahabat Nabi SAW yang kaya raya, Abdurrahman bin Auf, berkata; “Wahai, orang tua. Mahukah kamu jual kalung itu kepadaku?”

Orang tua itu menoleh kepada Nabi; “Bolehkah saya jual, Ya Rasullullah?”

“Silakan, kalung itu milikmu,” sahut Nabi.

Orang tua itu lantas berkata kepada sahabat Abdurrahman bin Auf, “Berikan kepadaku beberapa potong roti dan daging untuk mengalas perutku, dan sekadar biaya kepulanganku ke kampung.”

Abdurrahman bin Auf mengeluarkan dua puluh dinar dan seratus dirham, beberapa potong roti dan daging, pakaian, serta seekor unta untuk tunggangannya ke kampung.

Dengan gembira orang tua itu berkata, “Terima kasih, wahai kekasih Allah. Saya telah mendapatkan lebih daripada yang saya perlukan. Bahkan saya telah merasa menjadi orang kaya.”

Nabi menjawab, “Terima kasih kepada Allah dan Rasul-Nya harus di awali dengan berterima kasih kepada orang yang bersangkutan. Balaslah kebaikan Fatimah.”

Orang tua itu kemudian mengangkat kedua tangannya ke atas, “Ya Allah, aku tak mampu membalas kebaikan Fatimah dengan yang sepadan. Kerana itu aku mohon kepada -Mu, berilah Fatimah balasan dari hadirat-Mu, berupa sesuatu yang tidak terlintas di mata, tidak terbayang di telinga dan tidak terdetik di hati, yakni syurga-Mu, Jannatun Na’im.”

Rasulullah menyambut doa itu dengan amin seraya tersenyum ceria.

Beberapa hari kemudian, hamba Abdurrahman bin Auf, bernama Saham datang menghadap Nabi sambil membawa kalung yang dibeli dari orang tua itu.

“Ya Rasulullah,” ujar Saham. “Saya datang kemari diperintahkan Tuan Abdurrahman bin Auf untuk menyerahkan kalung ini untukmu, dan diri saya sebagai hamba diserahkannya kepadamu.”

Rasulullah tersenyum. “Kuterima pemberian itu. Nah, sekarang lanjutkanlah perjalananmu ke rumah Fatimah, anakku. Kalung ini tolong serahkan kepadanya. Juga engkau kuberikan untuk Fatimah.”

Saham lalu mendatangi Fatimah di rumahnya, dan menceritakan pesan Rasulullah untuknya.

Fatimah dengan lega menyimpan kalung itu di tempat semula, lantas berkata kepada Saham, “Engkau sekarang telah menjadi hak ku kerana itu, engkau kubebaskan. Sejak hari ini engkau kembali menjadi orang merdeka.”

Saham tertawa nyaring sampai Fatimah kehairanan; “Mengapa engkau tertawa?”

Bekas hamba itu menjawab; “Saya gembira menyaksikan riwayat sedekah dari satu tangan ke tangan berikutnya. Kalung ini tetap kembali kepadamu, wahai puteri junjungan, namun kerana dilandasi keikhlasan, kalung ini telah membuatkan orang miskin menjadi kaya, telah menjamin syurga untukmu, dan kini telah membebaskan aku menjadi manusia merdeka.”

Selawat dan salam buatmu Ya Rasullullah !

Advertisement

One thought on “Akhlak Sayyidatina Fatimah Az-Zahra

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s