Keupayaan Sang Emas Menyimpan Nilainya

Alhamdulillah,
Saya bermula sebagai penyimpan emas sejak tahun 2012 dan penjadi penyimpan ‘tegar’ bermula 2015.

Emas pertama yang saya beli ketika itu adalah seberat 20 gram. Ketika itu harga emas 24 karat / Au 999.9 hanya sekitar antara RM130 hingga RM150 per gram.

Memang nampak sukar untuk melihat harga emas naik lebih tinggi memandangkan dunia ketika itu mengalami kejatuhan harga emas yang amat drastik sejak bermula tahun 2012. Harga tertinggi yang direkodkan ketika itu ialah USD 1920 per Oz yang terus menjunam tanpa henti membuatkan ramai sekali yang berputih mata.

Tidak terkecuali, ramai sekali yang terpedaya dengan pelbagai scam melibatkan emas yang akhirnya memakan diri. Masih saya ingat, salah seorang teman rapat saya meminjam wang dari bank sebanyak RM250K ketika itu untuk melabur ke dalam skim ‘Tok Belagak’ yang akhirnya wang tersebut hangus bersama pemilik skim tersebut. Allahu, jumlah yang banyak perlu di bayar kepada bank setiap bulan dan ianya bukan suatu jumlah yang sedikit.

Di penghujung cerita, yang menjadi kaya raya ialah pihak bank itu sendiri !


Amat mengujakan harga emas pada hari ini telah melepasi RM300 per gram dan tidak mustahil akan meningkat lagi setelah ini memandangkan keadaan semasa global yang mengalami isu pandemik tidak terkecuali faktor ekonomi yang tidak menentu.

Tiada yang mustahil melihat kenaikan harga emas cuma kita hanya perlu sabar dan sabar. Cepat atau lambat, ia hanyalah persoalan masa dan yakinlah emas tidak akan akan mengecewakan. In Shaa Allah

Masyarakat melihat emas sebagai sesuatu yang tidak bernilai kerana akal telah mengagungkan angka sejak kecil atas didikan yang di terima. Saya faham dan akui keadaan itu kerana saya turut pernah merasai nya. Sejak kecil, kita di tanamkan oleh masyarakat sekeliling bahawa lebih banyak wang tersimpan di dalam bank, maka semakin kaya raya lah kita.

Keadaan kini berbeza dan kita sebagai insan yang telah melaluinya perlu memastikan agar minda generasi seterusnya tahu akan bahawa semakin banyak logam mulia emas dan perak ini maka lebih sejahtera hidupnya di tatkala menyusuri hari yang mendatang.

Namun, saya bersyukur atas perubahan dan kesedaran diri bukan hanya untuk peribadi tetapi juga buat keluarga dan mereka yang setia bersama saya sehingga kini. Terima kasih di atas itu.

Buat mereka yang masih menunggu, jangan terlalu lama bertindak. Mulakan secepatnya walaupun kemampuan hanya sekadar mampu. Bukan mewajibkan diri membeli jumlah yang besar setiap bulan. Memadai dengan mengasingkan wang simpanan antara 5% hingga 10% per bulan untuk seisi keluarga bagi tujuan pembelian emas mahupun perak.

Ingat,

  • Ada wang banyak belum tentu mampu untuk kita mengawal keluar masuknya
  • Emas adalah aset yang boleh menjaga nilainya walau berganti zaman, aset paling murah harganya, mudah dibeli dan diurus serta senang untuk kita jual jika terdesak

Sepanjang saya bantu orang ramai menyimpan emas, belum ada lagi sesiapa yang datang mengadu kepada saya yang dia jatuh miskin.

Pandang dengan ‘mata hati’. Emas wujud di syurga nan indah malah berkali-kali disebutkan di dalam kitab suci Al Quran. Pasti ada hikmah yang boleh kita renungkan bersama, InsyaAllah.

Jangan terus menunggu !

Advertisement

One thought on “Keupayaan Sang Emas Menyimpan Nilainya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s