THE NOTORIOUS – Duit Pisang Jepun

10259342_402710419853472_180786470667655887_n

Mari kita imbas kembali sejarah lalu buat rujukan di masa kini.

Duit bergambarkan pohon Pisang ini adalah matawang yang digunakan di negara kita sekitar tahun 1942 ~ 1945 semasa Malaya dan kawasan2 yang sekitar dengannya diperintah oleh Jepun.

Pada bulan Disember 1942, Asia Tenggara telah jatuh ke tangan tentera Jepun. Oleh itu, pihak pentadbiran tentera Jepun telah memperkenalkan mata wang sendiri bagi urusan jual beli di wilayah jajahan mereka. Ia mempunyai jenis nilai yang sama dengan mata wang Negeri-negeri Selat. Wang kertas yang dikeluarkan di kawasan penjajahan Jepun dapat dibezakan dengan abjad pertama huruf bloknya. Di Burma ia bermula dengan blok huruf B dan dikenali sebagai rupee Jepun. Manakala di Indonesia (Guilder Jepun) blok hurufnya bermula dengan S. Blok P pula untuk Filipina yang dikenali sebagai Peso Jepun. Sementara blok huruf M adalah untuk Tanah Melayu (atau Ma-rai-ee). Di Tanah Melayu duit Jepun ini lebih sinonim dengan nama “duit pokok pisang”. Panggilan tersebut sebenarnya berasal daripada motif pokok pisang yang tertera pada note 10 dolarnya.

Pada tahun  1942 siri pertama bagi duit Jepun telah dikeluarkan dalam jenis 1,5 dan 10 dolar yang dicetak dengan blok MA dan MB diikuti 6 nombor siri. Terdapat tanda bayang berbentuk bunga di sebelah kiri pada wang kertas 5 dan 10 dolar. Pada bulan September 1942, sejumlah wang kertas menggunakan huruf blok tanpa nombor siri telah dikeluarkan. Wang kertas jenis nilai 5 sen,10 sen dan 50 sen telah dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun semasa berlakunya kekurangan wang syiling. Wang kertas 50 sen dicetak dengan huruf blok MA dan MB tanpa tanda bayangan.

Duit pokok pisang ini telah menyebabkan kadar inflasi yang tinggi apabila pihak pentadbiran tentera Jepun dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan wang kertas tersebut tanpa had. Ketiadaan nombor siri serta pemalsuan note dolar ini menambahkan lagi kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu. Kadar inflasi yang meningkat memberi impak yang besar kepada penduduk sehinggakan penduduk terpaksa hidup dengan memakan ubi kayu dan bubur nasi. Semua wang kertas Jepun tidak bernilai langsung pada waktu itu.

Pada tahun 1944, Southern Development Bank telah mengeluarkan wang kertas jenis nilai 10,100 dan 1000 dolar. Barangan import dan harga barang naik dengan mendadak akibat sekatan Kesatuan Berikat. Pihak tentera Jepun telah mencetak wang kertas 100 dan 1000 dolar dengan banyak untuk mendapatkan barangan keperluan. Nilai mata wang Jepun jatuh dan harga barang melambung naik setiap kali Jepun kalah dalam peperangan.

Sebaik sahaja Jepun telah menyerah kalah pada tahun 1945, pihak British telah menggunakan wang kertas 5,10,100 dan 1000 dolar tentera Jepun dicetak dengan tulisan MALAYAN  berwarna merah pada bahagian atas, WAR SOURVENIR di bahagian bawah,bersama-sama VJ dan Grim Memories of 1941-1945 di tengah-tengah dengan dakwat hitam. Pada 20 Ogos 1945 wang kertas ini digugurkan dari udara untuk menyebarkan berita kemenangan terhadap Jepun serta menghapuskan mata wang penjajahan Jepun.

Risiko yang sama juga boleh berlaku sekiranya kerajaan sedia ada mencetak terlalu banyak wang kertas yang akhirnya menyebabkan inflasi yang besar dalam negara.

Ini antara sebab mengapa saya mengubah wang simpanan (bukan wang kecemasan keluarga & kegunaan harian) ke dalam bentuk Emas .

Bagaimana dengan anda ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s