Bakul Jerami – Perumpaan Mensucikan Hati

Dikisahkan seorang anak kecil sedang membaca Al-Quran tetapi, dia tidak dapat menghafalnya walaupun sedikit.

Maka, anaknya yang kecil itu bertanya kepada ayahnya; “Apa faedahnya membaca Al-Quran tanpa menghafalnya sedikitpun?!”

Jawab sang ayah; “Aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila engkau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut lalu bawa kepadaku.”

Kata anak; “Mustahil ianya penuh.”

Jawab ayah; “Cubalah duhulu.”

Bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. Maka anak itu itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu cuba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.

Tetapi, airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya; “Tidak ada faedah saya mengisinya.”

Ayahnya menjawab; “Cuba lagi kali kedua !”

Maka budak itu melakukannya, tetapi masih tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. Dia mencuba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.

Budak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya; “Tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air.”

Kata ayah kepada anaknya; “Adakah engkau lihat sesuatu yang berlaku kepada bakul jerami?”

Budak itu terkejut dan menjawab; “Ya ayah. Asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas-bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya.”

Maka, berkata sang ayah kepada anaknya; “Ini adalah sempurna apa yang dilakukan Al-Quran kepadamu. Dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya, dan Al-Quran seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikitpun dari ayatnya.”

Sucikan hatimu, dengan membaca Al-Quran, berzikir dan mengingati Allah… !

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s