Orang yang Alim Billah itu ialah orang yang mengenal Dzat Allah, sifatNya dan asmaNya, serta Afa’alNya. Allah menyertai ilmunya dan mereka amalkan dengan tekun apa yang mereka ketahui tanpa cacat.
Mustahil orang yang memusuhi Ilmu Tasawwuf, Sufi dan Tarikat mampu berbicara tentang Sufi dengan adil dan betul, tidak ubah seperti orang yang tidak pernah berkahwin mahu berbicara tentang kenikmatan hidup bersama suami isteri. Masakan ia mampu !
Kosongkan hati dalam berbagai keinginan, kosongkan fikiran dari khayalan dan lamunan, kerana dalam kekosongan itu terkumpul segala kenikmatan.
Laksana burung, roh terkurung di dalam sangkar. Kerana sangkar itu kuat maka burung terpaksa terkurung di dalam Sangkar yang sempit dan menyeksa. Sebaliknya kalau burung lebih kuat dari sangkar, burung itu akan dapat memecahkan sangkar dan terbang bebas ke seluruh alam.
Demikianlah kalau roh kita lebih kuat dari nafsu dan syaitan, maka roh dapat menundukkan nafsu dan syaitan. Saat itu bukan jasad lagi yang menguasai roh tetapi roh yang menguasai jasad lahir. Roh akan bebas melakukan kehendaknya mentaati perintah Allah SWT. Roh akan terbang bebas kemana-mana dan dapat merasakan perkara ghaib atas izin Allah.
Bagaimana perjalanan insan berMakrifatullah?
Allah memperlihatkan kekuasaan Allah kepada insan terpilih termasuk rahsia Allah dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Bagaimana kita mahu melihat kekuasaan Allah dalam tubuh badan kita itu?
Berbaliklah pada usul, di situ kamu akan mendapati asalnya manusia itu dari zat, sifat, asma’ afa’al Allah semata-mata. Di sinilah ahli Makrifat akan bersikap melebur diri. Maka bermulalah perjalanan Makrifatullah di mana segala rahsia hijab ketuhanan akan terbukanya Maqam Rasa.
Setelah mengenal zat, asma’, sifat afa’al Allah, maka berlakulah penyatuan Allah di dalam diri…. AKU adalah ENGKAU … ENGKAU adalah AKU. Makanya bermula perjalanan kewalian seseorang insan itu.
Bicara perintah yang beserta barang bicara, Kun Fayakun, jadi maka jadilah !