Al Kisah – Penyesalan Tak Sudah

Ini adalah gambar peribadi saya sewaktu bertugas di Drilling Rig di bawah kelolaan Petronas Carigali di Terengganu hampir 19 tahun yang lalu.

Position yang di tawarkan kepada saya pada 6th Jan 2002 ialah Service Supervisor Trainee (SST) dari syarikat ‘gergasi’ dunia di dalam Oil and Gas industry.

Masih saya ingat, gaji permulaan pada ketika itu adalah sebanyak RM 2,400 per bulan yang mana, nilainya bersamaaan dengan 72.5 gram emas (Gold History = http://www.usagold.com/reference/goldprices/2002.html , Conversion Rate = https://tradingeconomics.com/malaysia/currency , 1 Ounce Emas = 31.1 gram).

Tahukah anda bahawa jawatan dan grade yang sama buat para Junior saya yang bertugas di Malaysia pada tahun 2020 ini pula mempunyai anggaran gaji sebanyak RM 5,000 per bulan dan nilainya kini bersamaan dengan 17.06 gram emas.

Dari pelbagai rujukan dan sumber yang boleh anda dapati, harga “Gold Spot Price” pada tahun 2002 ialah RM 33.15 (1 USD = RM 3.70) manakala pada hari ini, harganya berubah kepada RM 269.32 (1 USD = RM 4.2399).

Berdasarkan kepada perbandingan nya, perbezaan nilai gaji saya pada pada tahun 2002 dan para Junior saya adalah sebanyak 55.44 gram.

Ini bermakna, jika nilai gaji saya di dalam emas pada tahun 2002 itu di bawa ke hari ini, sangat menakjubkan bahawa nilai semasanya ialah RM19,525.70 (72.5 gram emas x RM 269.32).

Adakah anda faham dengan maksud sebenar saya?

Kerana itu pakar kewangan menasihatkan setidaknya 10% dari pendapatan bulanan kita ditukarkan kepada emas mahupun perak kerana logam mulia adalah penyimpan nilai yang terbaik buat pemiliknya.

Sahabatku,
Adakalanya saya termenung sendirian menyesal akan apa yang berlaku di masa lalu. Pernah saya suarakan isi hati saya kepada ‘Permaisuri Hati’ betapa ruginya saya selama ini kerana terlewat memahami keupayaan Sang Emas.

Bayangkan, saya bermula sebagai seorang penyimpan tegar hanya pada tahun 2012 yang lalu kerana sikap boros yang keterlaluan tatkala limpahan wang di tangan tersebut telah dikuasi oleh nafsu sebelum itu.

Jika mata hati saya telah terbuka dan minda hebat menguasai diri, setidaknya, berganda-ganda milikan emas saya berbanding simpanan hari ini.

Selalu diri berkata, “kalau … kalau …. kalau lah aku ….”. Bak kata pepatah lama, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya!

Setidaknya, kesyukuran yang amat ke hadrat Ilahi atas anugerah yang dimiliki setelah hati dirangsang sepenuhnya untuk terus berubah ke arah yang lebih sempurna.

Alhamdulillah, kini saya mampu tersenyum girang ….. 😊

Buat anda di luar sana, sejujurnya anda masih belum terlewat. Usahakan sebaik mungkin menyimpan logam mulia kerana akan sampai di suatu masa, tidak akan bernilainya wang ringgit walau seberapa banyak sekalipun jumlah nya melainkan emas dan perak.

Anda akan memahami maksud ini sedalam-dalamnya jika anda menyakini situasi yang berlaku di zaman ini serta persediaan ke zaman selepasnya.

Demi tuhan, Saya doakan anda kaya dan berjaya buat di dunia dan akhirat. Allahumma Ameen.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s