Mengapa Masih Ada Yang Terpedaya ?

Hati berbunga tatkala bertemu sahabat seperjuangan setelah melebihi 5 tahun yang lalu. Tidak dipastikan di mana kali terakhir bertemu samada di Wilayah Persekutuan Labuan ataupun di Kemaman, Terengganu. Beliau adalah antara mentee saya di Oilfield Industry dan banyak sekali usahanya yang membuatkan saya kagum dan bangga dengannya.

Hasil perjumpaan yang singkat, saya sangat terkejut atas bebanan yang ditanggung sehingga kini akibat terlalu percayakan ‘Skim Tok Belagak’ yang terkenal dengan penipuan skim berasaskan pelaburan emas.

Lebih malang, sahabat saya ini tanpa sedar membuat pinjaman Bank sebanyak RM250K semata-mata untuk meraih keuntungan berganda melalui pelaburan tersebut melalui antara orang kanan ‘Tok Belagak’ itu sendiri !

Maha Suci Allah. Saya terpana dan diam seribu bahasa. Fikiran terus berputar dan bertanyakan kepada diri …..

“Mengapa masih ada yang terpedaya sedangkan pelbagai kes yang hampir sama berlalu sebelum ini telah berjaya didedahkan ?”

Bak kata Mentor Kewangan Malaysia Tuan Azizi Ali 

Mengapa nak tambah kerja dan risiko melabur dalam skim yang pelik ini ? Terdapat ratusan pelaburan yang betul di Malaysia.

Ini termasuklah ASB, ASN, AHB, Tabung Haji, beratus unit amanah, beratus saham di Bursa Malaysia, ratusan ribu hartanah dan emas fizikal yang valid. Mengapa tak melabur dalam pelaburan yang confirm sah dan valid ini ?

whatsapp-image-2017-09-14-at-12-14-43-pm.jpeg

Kebanyakkan scammer amat menyukai teknik berdasarkan kepada kepercayaan bersifat sementara, menunjukkan kemewahan dalam arti kata keuntungan yang tidak diketahui asal usulnya malah, penggunaan sentimen agama dan bangsa turut tidak terkecuali dalam usaha menjerat mangsanya.

Apa yang dapat saya simpulkan, kebanyakkan mangsa terjerat akibat dari sifat keterujaan dan keyakinan tatkala mendengar sesuatu yang indah dari si dia yang ‘Menanam Tebu di Bibir’.

Hasilnya? Sahabat saya ini masih menanggung hutang yang banyak serta membayar ansuran bulanan kepada bank yang memberikan pinjaman sehingga kini. Alhamdulillah, beliau masih diberikan kudrat untuk terus berusaha dan bersifat positive namun, kepercayaan terhadap logam mulia tidak sepenuhnya kerana perasaan takut masih menebal dalam diri. Saya doakan agar beliau bebas dari segala bebanan dan serta berjaya dunia akhirat. Allahumma Ameen !

Ingatlah dalam keghairahan ingin mengejar keuntungan sekelip mata, pasti akan adanya yang kecundang dan berputih mata

Gunakan logik akal anugerah yang Maha Esa sebelum wang bertukar tangan agar wang yang dilaburkan mendapat pulangan yang terbaik. Research itu sangat perlu dan berusahalah melabur dengan urusniaga yang melibatkan logam mulia berbentuk fizikal sebaik mungkin.

Ingin sekali Saya kongsikan 2 sebab utama kenapa ramai Insan yang menghadapi masalah kewangan sewaktu membuat pelaburan iaitu;

  1. Sifat TAMAK yang inginkan keuntungan 100% atau lebih daripada apa yang ingin dilaburkan
  2. KEJAHILAN diri sendiri yang mempercayai sepenuhnya kata2 orang yang menjanjikan keuntungan 100% atau lebih di atas apa yang dilaburkan oleh bakal Pelabur

Jauhi sekiranya ada yang menawarkan untuk menggandakan wang pelaburan kita. Jika benar dia mampu sekalipun, secara logiknya, lebih baik dia gandakan wang nya sendiri dari membuang masa menguruskan hal orang.

Ingat, mencari wang pendapatan dengan berjujurai keringat bukannya mudah di dunia penuh cabaran kini !

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s