Tahukah Anda bahawa Pakar Kewangan & Hartanah seperti Robert Kiyosaki menggunakan Emas sebagai ‘Hedging’ (menyimpan nilai wang) malah beliau juga menyarankan kepada kita menggunakan kaedah yang sama.
Dalam istilah financial, sering kali kita mendengar perkataan ini namun, apakah yang dimaksudkan dengan ‘Hedging’ ini ?
Sebagai pengetahuan, ia adalah kegiatan / kaedah yang dilakukan oleh seorang pelabur untuk mengurangi, membatasi, melindungi atau menghilangkan suatu sumber risiko. Pendek kata, mengurangkan risiko yang kita hadapi. Melaluinya, kita mampu mengurangkan risiko turun naik nilai tukaran matawang yang tidak menguntungkan.
Contoh – Hedging Untuk Pertahankan Nilai Wang
- Dengan hanya RM400 kita membeli 10gram emas pada tahun 2002
- 10gram fizikal yang kita perolehi ini kita simpan sehingga ke hari ini
- Percaya atau tidak nilainya pada hari ini berharga sekitar RM1,950
Berat emas berjumlah 10gram ini masih sama dan tidak sesekali menyusut timbangannya tetapi wang anda telah ” Diperangkap” sejak awal dalam gram Emas supaya wang tersebut tidak menyusut nilainya.
Dengan wang sebanyak RM400 anda hanya mampu untuk membeli Emas 2gram sahaja pada hari ini !
Adakah anda kini telah melihat kekuatan serta kepentingan memiliki Emas? Jika ‘Ya’, usah bertangguh. Mulakan menyimpan gram pertama anda sekarang !