Tidak Mustahil Nilai Matawang Menjadi Sifar

Tidak mustahil keruntuhan matawang sesebuah negara datang tanpa ‘Amaran’ yang menyebabkan pemiliknya terpaku membisu seribu bahasa. Lebih parah, sekiranya tiada pertahanan kewangan yang dibina selagi masih hidup sebelumnya. Pelbagai isyarat baik yang tersurat mahupun yang tersirat telahpun kita lalui tanpa memberikan sebarang kesan.

Bagi mereka, semua itu adalah masalah negara yang tidak perlu kita fikirkan asalkan wang gajian tetap masuk di akaun bank setiap bulan. Walhal, tanpa mereka sedar, akibat inflasi serta kejatuhan matawang membuatkan wang fiat yang diagungkan semakin kehilangan taringnya.

WhatsApp Image 2017-09-14 at 12.13.06 PM

Jika kita lihat negara dan bank besar dunia mula menambah stok simpanan Emas seberapa banyak yang mampu oleh mereka, mengapa tidak kita? Sanggupkah kita melihat keluarga tersayang merana di kemudian hari akibat kecuaian kita dalam menyelamatkan kekayaan yang di bina selama ini?

Secara peribadi, saya bermula sebagai penyimpan emas pada tahun 2012. Sampai ketika nilai tukaran MYR berbanding 1 USD meningkat dari MYR 3.1 kepada MYR 3.4, hati saya semakin gundah gulana dan tanpa memikir panjang saya mengubahkan wang simpanan saya sendiri sebanyak 80% kepada emas tanpa sebarang alasan.

Benar, ada juga sahabat dan keluarga mengatakan ianya kerja gila tetapi saya amat yakin apa yang saya lakukan itu tepat. Alasan yang sangat kukuh bahawa Sang Emas itu mengekalkan kuasanya sejak lebih 1,400 tahun lalu tatkala mendengar kisah pada Zaman Rasullullah (selawat & salam buat Baginda). Alhamdulillah, hidup saya lebih aman ketika ini. Dan Allah bantu saya dengan mengambil tindakan yang mulia ini.

Sediakan Payung Sebelum Hujan !

Itu adalah pepatah Melayu yang sering kita gunakan dalam seharian. Maka, bertindaklah bermula dari sekarang sebelum terlambat. Tiada gunanya kita merungut serta menyalahkan sesiapa jika kita sendiri tidak mahu membantu diri sendiri.

Dan berpesan-pesan lah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s