Hanya 1gram – Sekadar Petunjuk

WhatsApp Image 2017-09-12 at 3.56.45 PM

Masa terbaik untuk mengubah wang fiat ke dalam bentuk emas fizikal tatkala mempunyai lebihan wang yang tidak terpakai malah, pakar kewangan menyarankan juga agar 5% ~ 10% dari wang gajian yang kita miliki setiap bulan digunakan bagi tujuan tersebut.

Biar apa sekalipun harga emas, teruskan tindakan setelah keyakinan menguasai diri serta keraguan dibuang jauh. Fikiran perlu fokus dan niatkan bahawa saya ingin menyimpan emas dengan gram tertentu hasil dari wang lebihan untuk masa depan saya sendiri (Allahumma Ameen).

Setelah emas fizikal di tangan, barulah kita dapat melihat dan faham akan pergerakan harga emas semasa. Jadikan pembelian pertama sebagai ‘Benchmark’ atau penanda aras yang di hujungnya dapat kalian gunakan sebagai ‘Averaging Technique’.

Menjadi lumrah setiap insan sering mengatakan emas masih mahal dan ingin menunggu harganya jatuh dahulu baru hendak membuat pembelian. Maka apabila harga dalam posisi terbaik untuk dimiliki, secara tanpa sedar wangnya pula tiada setelah digunakan pada perkara yang lain.

Harga emas yang anda katakan mahal pada hari ini pasti anda katakan ianya sangat murah di hari mendatang. Ingat pepatah melayu lama, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya !

Biar 1 gram emas fizikal di tangan sebagai permulaan sekalipun, itu adalah antara usaha terbaik menyelamatkan kekayaan kerana, insan yang bergaji besar belum tentu mempunyai emas fizikal dalam genggaman.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s