Antara Kelebihan Membeli Emas Secara Konsisten

photogrid_1451836489085.jpg

Memiliki emas mampu memberikan pelbagai kelebihan kepada pemiliknya dengan jumlah yang tidak mampu untuk di hitung sepenuhnya. Masakan tidak, logam berharga anugerah sang pencipta ini tidak pernah surut keinginan manusia untuk memilikinya sebagai simbol kekayaan dan kekuasaan walaupun mencecah ribuan tahun.

Antara kelebihan yang dapat anda nikmati hasil dari menyimpan emas ini adalah;

  1. Menjadi Simpanan Secara Paksa — Simpanan yang berkesan perlu dipaksa, terutamanya tatkala mendapat wang gajian. Paksa diri dengan membeli 1 gram per bulan dan selebihnya terpulanglah kepada anda hendak simpan di mana
  2. Dijadikan Simpanan Yang Akan Dilupakan — Simpan Emas tidak seperti menyimpan duit. Kita tidak akan sesekali panjang akal untuk berbelanja (kerana nombor telahpun hilang berganti gram), bahkan kita akan merasa ingin mengumpul lagi dan lagi. Menjadi keseronokkan kita dengan Emas adalah pada saat mengumpulnya. Sedar-sedar, dalam masa setahun kita sudahpun mempunyai 12 gram. Maka benarlah bahawa Emas itu adalah Magnet Kekayaan
  3. Tidak Sesekali Kecewa & Berhati Bahagia — Penyimpan Emas yang membeli secara berkala tidak akan pernah kecewa dengan harga Emas atas sebab mereka telahpun memuratakan kos (Averaging Technique). Kalau beli 3 kali; RM180, RM190 dan RM200 segram, maka kos purata hanyalah RM190. Harga Emas naik kita seronok, harga turun malah bertambah seronok !

Memang inilah salah satu cara saya memaksakan diri menyimpan emas. Apabila terima sahaja wang gajian setiap bulan, 10% darinya adalah wajib bagi saya mengubahkannya kepada emas. Begitulah juga tatkala mempunyai wang lebihan pasti tangan terasa gatal dan hati mula gelisah akan kilauan Sang Emas yang ingin terus ditakluki.

Yakinlah akan kuasa Sang Emas. Takluki lah sementara ianya masih jinak sebelum ngaumannya membuat kita kecut, pasrah juga kecewa di kemudian hari !

whatsapp-image-2017-09-12-at-3-58-02-pm.jpeg
Gambar menunjukkan Gold Bar Public Gold pertama saya dan setelah itu tidak lagi saya menoleh ke belakang. Sehingga kini saya masih merupakan penyimpan emas tegar kerana ianya terbukti sebagai magnet kekayaan yang sangat utuh demi mencapai ‘future financial freedom’. Bagaimana dengan Anda ??
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s