Perak – Sang Singa Yang Masih Tidur

WhatsApp Image 2017-09-12 at 3.56.05 PM

Tidak dinafikan emas adalah logam yang sangat berharga ketika ini. Ramai orang menyimpan emas atas sebab kepercayaan ianya pelindung nilai dan kekayaan. Perak pula berlainan halnya. Bukan sahaja ia dijadikan sebagai medium pelaburan malah uniknya mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran industri berbanding emas.

Sehingga kini, lebih 50% perak yang telah di lombong digunakan untuk sektor perindustrian ini. Oleh itu, harga perak sangat sensitif terhadap permintaan pasaran. Kerana itulah harga emas dan perak tidak berkadaran secara langsung.

Pada masa yang sama, perak juga telah jarang dijumpai dan sangat terhad. Hampir 70% perak ditemukan bersama logam lain seperti tembaga dan zinc. Buat masa ini lambakan perak di pasaran dan sentiasa meningkat apabila pelbagai syarikat galian meningkatkan aktiviti mereka. Keadaan ini secara tidak langsung menurunkan harga perak berbanding harga emas yang semakin meningkat.

Sepertinya krisis berkaitan harga minyak ketika ini yang mana supply melebihi demand, dengan lambakan yang sangat besar industri galian mengurangkan aktiviti mereka. Namun begitu, permintaan untuk perak ini tetap tinggi setiap masa.

Tahukah anda bahawa pada tahun 2006 hingga 2015 nilai perak meningkat sebanyak 400% ? Purata kenaikan tahunan menghampiri 40 % !

 

gold_10_year_silver
Graf Gold/Silver Ratio

Mengikut rekod pada tahun 2011, Gold / Silver Ratio mencecah sehingga 1 : 35 dan ketika artikel ini ditulis, nisbah emas kepada perak adalah sekitar 1 : 74. Pakar mengatakan bahawa akan sampai satu masa nisbah ini menjadi 1 : 16. Bayangkan jika anda mempunyai bekalan silver yang banyak dengan mengambil peluang membelinya pada harga terendah ketika ini.

Dalam keghairahan kita mengalihkan wang simpanan ke dalam bentuk Emas, jangan sesekali anda lupa akan kepentingan memiliki Perak sebagai antara medium terbaik Pelaburan di masa kini.

 

whatsapp-image-2017-09-13-at-9-25-38-am-e1505285550115.jpeg

Sejujurnya harga perak masih ‘Tidur’ dengan kemampuan harga yang saya yakini orang awam mampu memilikinya. Ketika artikel ini ditulis, harga berlegar antara sekitar RM2.90 per gram yang mana ianya pernah melonjak menghampiri sekitar RM6 pada penghujung tahun 2011.

Sebagai perkongsian, mentor hebat saya pernah menyarankan kepada saya agar memastikan setiap orang memiliki 30kg perak untuk menjamin masa depan yang sempurna !

 

To be honest, this is the right time to purchase for long term investment !

Berkenaan harga Perak:

  1. Jika mempunyai kenaikan maka margin keuntungan akan menjadi lebih tinggi berbanding Emas. Namun, trend nya juga akan sama sekiranya dalam mode penurunan
  2. Sumber Perak di dalam dunia ini tersangat terhad kini atas kapasiti penggunaan dalam industri yang memungkinkan lonjakan harga itu tidak mustahil untuk disentuh

Jika ada kenaikan, harganya akan naik lebih laju berbanding emas. Margin keuntungan akan menjadi lebih tinggi.

Buat penggemar Perak, biarpun kemampuan hanya sekadar RM100 atau 100gram per bulan sekalipun, In Shaa Allah di suatu masa menggunung juga. Melalui Public Gold, anda juga boleh membeli perak ini melalui Silver Accumulation Program pada bila -bila masa.

Remember, demand on Silver will be increased and the price will soar. Ibarat Sang Singa yang sedang ketiduran, menungggu masa terbaiknya untuk bertindak. Jangan sesekali memandang rendah akan keupayaannya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s